Ikuti Kami:

Menang Pengarah Terbaik Di Berlin, Netizen Jelek Lihat Aksi Intim Suami Curang Hong Sangsoo & Perampas Kim Minhee!

Menang Pengarah Terbaik Di Berlin, Netizen Jelek Lihat Aksi Intim Suami Curang Hong Sangsoo & Perampas Kim Minhee!

Meskipun membina hubungan atas kebahagiaan orang lain, nampaknya pelakon Kim Minhee masih lagi setia bersama pengarah berusia dan juga suami orang iaitu Hong Sangsoo. Disebabkan oleh kisah cintanya yang kotor ini, pelakon wanita ini mula dipulaukan oleh industri seni Korea selain menerima cacian netizen hampir saban hari.

Tak kisahlah kena caci macam mana pun, tetapi pasangan selebriti ini nampaknya masih bahagia bersama selepas 5 tahun bercinta. Kim Minhee dan Hong Sangsoo juga lebih senang menerbitkan pelbagai filem bebas bersama bagi meneruskan kehidupan mereka. Baru-baru ini mereka telah dijemput ke “70th Berlin International Film Festival” kerana salah satu filem yang diarahkan oleh lelaki itu dan turut diterajui oleh pelakon wanita tersebut iaitu “The Riverside Hotel” bakal dipertandingkan pada majlis itu.

hong sangsoo dan kim minhee

Hong Sangsoo yang berusia 60 tahun dan Kim Minhee yang berusia 38 tahun menarik perhatian ramai netizen Korea apabila mereka tidak segan langsung menunjukkan aksi intim ketika di festival itu. Sejurus pengarah lelaki itu diumumkan sebagai pemenang Pengarah Terbaik, mereka berpelukan dan melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir. Bukan itu sahaja pelakon wanita itu yang berdiri sebelah kekasihnya, memegang erat tangan lelaki itu di belakang pinggangnya.

hong sangsoo dan kim minhee

Semasa sidang media yang berlaku sebelum ini, pasangan tersebut turut menyarungkan cincin yang sama menandakan ia adalah ‘couple ring’ pasangan itu. Walaupun disisihkan oleh industri sendiri tetapi nampaknya itu tidak mampu menggoyahkan hubungan mereka.

Netizen yang menyaksikan keakraban pasangan dibenci ini rata-ratanya melahirkan rasa meluat mereka. Sampai bila-bila mereka tak akan beri restu kepada pasangan yang dah pecah-belahkan keluarga Hong Sangsoo itu.

Disebabkan oleh Corona, tiada siapa yang peduli tentang filem sekarang ini. Meluat lihat kisah cinta mereka berdua, jadi tolonglah kurangkan berita mengenai mereka.

 

Sampah…

 

Hidup hanya sekali jadi mahu hidup sesuka hati?.. Anak-anak itu hidup di dunia ini atas kemahuan mereka ke? Dah lahir tetapi terpaksa lihat ayah mereka curang dengan wanita sebaya. Fikirlah apa perasaan mereka terpaksa lihat si ayah intim dalam berita hampir tiap hari…

 

Berikan sahaja harta kepada si isteri, dah hidup sahaja dengan cinta.

Sampai bilalah mereka akan terus bertahan. Cinta sehingga ke hujung nyawa mungkin!

Sumber: Donga Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...