Ikuti Kami:

Menampilkan Seulgi RED VELVET, BamBam Rilis Single Baharu ‘Who Are You’

Menampilkan Seulgi RED VELVET, BamBam Rilis Single Baharu ‘Who Are You’

BamBam telah rilis single baharu!

Pada 28 Disember, ahli GOT7 itu telah melancarkan single pra-keluarannya “Who Are You” yang menampilkan Seul-gi RED VELVET.

“Who Are You” ialah lagu dengan melodi sentimental pada rentak gendang yang berat dan bunyi gitar akustik. Dengan gubahan oleh Gray (Kyle Trewartha, Michael Trewartha), Mikael Temrowski dan Livvi Franc, serta BamBam yang turut mengambil bahagian dalam penulisan lirik bersama Lee Seu-ran, Lee Ha-jin, Gray (Kyle Trewartha, Michael Trewartha), Mikael Temrowski dan Livvi Franc.

Dalam MV, BamBam dan Seul-gi menari bersama di dalam gelap di bawah cermin dan bayang-bayang. “Who Are You” ialah lagu yang menceritakan mengenai mencari diri sendiri dan mengetahui siapa orang lain.

Kolaborasi yang tak disangka ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...