Ikuti Kami:

“Memang Takdirnya Jadi Selebriti” – Sudah Cecah Usia 40-an, Netizen Terpana Lihat Kecantikan Kim Taehee

“Memang Takdirnya Jadi Selebriti” – Sudah Cecah Usia 40-an, Netizen Terpana Lihat Kecantikan Kim Taehee

Sejak memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 2000, Kim Tae-hee terus berjaya merebut hati rakyat Korea dan juga luar negara kerana kecantikannya yang tiada tandingan. Meskipun sudah mencecah usia 40 tahun, tetapi wanita ini kekal anggun.

Terbaru, Kim Tae-hee telah memuat naik beberapa keping gambar yang diambil semasa rakaman sebuah iklan yang menampilkan dirinya sebagai duta.

Saya jarang ambil gambar, jadi saya rasa perlu untuk saya mengambil gambar daripada penggambaran ini untuk memantaunya dan turut memuat naiknya…

kim taehee cantik

Di dalam gambar tersebut, isteri kepada penyanyi Rain itu tampil dengan rambut beralun melepasi bahunya selain memandang tepat ke arah kamera. Walaupun hanya berlatar belakangkan dinding berwarna biru gelap, kulitnya bersinar selain menampakkan wanita itu seperti masih dalam linkungan 20-an.

kim taehee cantik

Rata-rata peminat yang melihat kecantikan Kim Tae-hee tak putus-putus memberi pujian terhadapnya. Makin berusia makin anggun!

Memang tiada apa yang boleh dikatakan atau dinafikan pun, menawan sungguh!

 

Walaupun tahun berganti tahun, Kim Tae-hee tetap Kim Tae-hee..

 

Hebat.. cantiknya!

 

Dengan wajah sebegitu, memang takdirnya untuk menjadi selebriti. Saya terberhenti seketika apabila terpandang gambar ini.. sebab cantik sangat.

 

Wajah wanita yang sudah lahirkan anak…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...