Ikuti Kami:

‘Melting Me Softly’ Tamat Dengan Rating Yang Mengecewakan

‘Melting Me Softly’ Tamat Dengan Rating Yang Mengecewakan

Setelah 16 episod ditayangkan, “Melting Me Softly” akhirnya telah melabuhkan tirainya semalam. Ramai peminat yang bersedih kerana drama kegemaran mereka ini kini sudah tamat dan mereka sudah pastinya tidak dapat melihat kemesraan hubungan Go Miran (Won Jinah) dan Ma Dongchan (Ji Changwook).

Drama ini menceritakan tentang hubungan romantik di antara seorang lelaki dan perempuan yang menyertai satu projek pembekuan manusia selama 24 jam. Tapi yang misterinya apabila mereka sedarkan diri, keduanya sudah berada 20 tahun kehadapan. Kesan sampingan daripada projek itu, suhu badan mereka berdua tidak boleh melebihi 33°C dan mereka mesti mengawal kondisi tubuh badan mereka untuk kekal hidup. Berlanggar dengan dunia realiti, Dongchan dan Miran terpaksa menghadapi kehidupan di mana orang lain sudah tua 20 tahun daripada mereka.

melting me softly tamat dengan rating yang mengecewakan

Setelah tamat tayangan kelmarin, kesemua teraju utamanya telah meninggalkan ucapan kepada peminat yang berterusan menyokong mereka sepanjang drama ini berlangsung.

“Saya sangat berterima kasih dengan semua orang yang menyayangi dan menyokong ‘Melting Me Softly’. Penggambaran yang bermula sejak Julai lepas kini sudah berakhir. Saya berasa sangat seronok dan sedih kerana ini adalah drama pertama saya selepas tamat latihan khidmat kententeraan, saya sudah lakukan yang terbaik.” – Ji Changwook

melting me softly tamat dengan rating yang mengecewakan

“Terima kasih kepada semua yang menonton drama ini dan menyokongnya. Saya berasa sangat gembira menjadi sebahagian daripada drama ini, daripada bermula musim panas sehingga ke awal musim sejuk.” – Won Jinah

melting me softly tamat dengan rating yang mengecewakan

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli pasukan kerana sentiasa berusaha sebaik boleh untuk memberi keseronokan kepada lakonan. Menerusi ‘Melting Me Softly’, saya kembali sedar tentang kepentingan kehidupan. Terutama sekali, saya ingin berterima kasih kepada para penonton yang menyokong kami. Saya akan kembali lagi dengan projek baru.” – Yoon Seah

melting me softly tamat dengan rating yang mengecewakan

Walaupun bermula dengan pujian yang melambung daripada penonton tetapi nampak gayanya, ramai yang mula beralih arah semasa pertengahan drama ini. Rata-ratanya mengkritik plot cerita “Melting Me Softly” sebagai mengarut dan tidak boleh diterima akal. Episod akhir naskhah ini mencatat rating sebanyak 2.4% dan ia bukanlah rekod terbaiknya.

Sumber: Soompi, Wikipedia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...