Ikuti Kami:

“Melodi Sama..” – IU Dilapor Polis Dek Dituduh Plagiat 6 Lagu Dari Artis Lain, Agensi Beri Respon

“Melodi Sama..” – IU Dilapor Polis Dek Dituduh Plagiat 6 Lagu Dari Artis Lain, Agensi Beri Respon

Tidak semena-mena IU telah dituduh memplagiat muzik dari artis lain..

Terbaru menurut Maeil Business, seorang individu yang dirujuk sebagai ‘A’ telah menuduh IU memplagiat enam lagu dari artis antarabangsa dan domestik yang lain. Enam lagu yang dimaksudkan adalah “The Red Shoes”, “Bbibbi”, “Good Day”, “Pitiful”, “Boo” dan “Celebrity”.

Selain itu, ‘A’ juga telah melaporkan IU ke Balai Polis Gangnam di Seoul kerana melanggar hak cipta. Tuduhan itu menyatakan,

Banyak lagu ini adalah sama dengan karya asal dalam melodi, irama dan perkembangan kord terutamanya untuk lagu ‘The Red Shoes’ dan ‘Good Day’ yang menunjukkan tahap persamaan yang tinggi, walaupun kepada pendengar biasa.

Tambah ‘A’ lagi,

Terdapat beberapa dakwaan plagiarisme tetapi IU tidak memberikan sebarang penjelasan malah, telah memadamkan siaran yang membangkitkan isu untuk pelanggaran hak cipta.

IU edam

Selepas isu ini mula tersebar kepada orang ramai, agensi IU iaitu EDAM Entertainment telah tampil memberi respon mengenai dakwaan tersebut. Jelas mereka,

Kami menemui artikel hari ini yang mendakwa kami plagiarisme lagu. Kini, kami sedang menunggu perkembangan siasatan. Setakat ini, kami belum menerima sebarang hubungan rasmi dari agensi penyiasat dan mengetahui pertuduhan itu buat kali pertama menerusi artikel berita itu. Kami belum dapat mengesahkan kandungan aduan yang disebut dan sedang dalam proses memahaminya.

Sambung agensi lagi,

Kami ingin menegaskan bahawa menyebarkan maklumat palsu dan mencemarkan nama baik artis adalah satu tindakan yang jelas menyalahi undang-undang dan harus dikenakan tindakan yang tegas. Syarikat kami berhasrat untuk meneruskan langkah undang-undang tanpa sebarang kelonggaran dalam kes di mana tindakan jenayah yang ada berunsur fitnah dan berniat jahat.

IU edam

Hmm semoga keputusan akan berpihak kepada yang benar..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...