Utama Drama Korea Maut Dek Tragedi Itaewon, ‘Kokdu: Season Of Deity’ Kongsi Klip Lakonan Terakhir...

Maut Dek Tragedi Itaewon, ‘Kokdu: Season Of Deity’ Kongsi Klip Lakonan Terakhir Lee Jihan

lee jihan kokdu

Sedar tak sedar, sudah 5 bulan pelakon Lee Ji-han meninggalkan dunia ini dek tragedi Itaewon yang menggerunkan.

Bagi yang tidak mengetahui, satu situasi tidak diduga berlaku di Itaewon apabila ratusan pengunjung yang menyambut Halloween telah berasak dan tersepit di lorong kecil hingga menyebabkan ramai kehilangan nyawa selain turut tercedera kerana sesak nafas. Antara salah seorang mangsa menemui ajalnya ialah pelakon baru bernama Lee Ji-han yang baru berusia 25 tahun ketika kejadian tersebut.

Lebih menyedihkan apabila mendiang disahkan sedang menjalani penggambaran untuk drama saluran awam pertamanya iaitu “Kokdu: Season Of Deity” pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pelakon yang mempunyai impian besar itu tidak mampu merealisasikannya dek kejadian yang menggemparkan seluruh dunia tersebut.

Sepatutnya membawa watak Jung Yi-deun iaitu bekas kekasih watak Im Soo-hyang, drama berkenaan telah menzahirkan ucapan peringatan buat mendiang semasa episod terakhirnya.

Dalam klip pendek itu, dapat dilihat Lee Ji-han melakukan yang terbaik pada setiap penggambaran yang disertainya. Malah dia juga kelihatan positif dan bersemangat meskipun ini adalah drama pertama buatnya.

Tulis MBC,

Pelakon dan staf ‘Kokdu: Season Of Deity’ sentiasa mengingati Lee Ji-han.

lee jihan

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah malaikat maut yang terpaksa meluangkan masa selama 49 hari di dunia.

Sedihnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...