Ikuti Kami:

Matematik Hubungkan Dua Individu, Episod Awal ‘Melancholia’ Raih Rating Baik

Matematik Hubungkan Dua Individu, Episod Awal ‘Melancholia’ Raih Rating Baik

Walaupun menerima kritikan sebelum ditayangkan, namun nampaknya “Melancholia” bermula dengan baik.

Sinopsis 

“Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.

tvn melancholia

Matematik jadi penghubung

[Amaran SPOILER]

Dua episod awal ini dipenuhi dengan kisah dua individu yang berjiwa matematik dan cara mereka meluahkan perasaan menerusinya. Walaupun Baek Seung-yoo (Lee Do-hyun) kelihatan lebih senang dalam dunianya sendiri dan menjauhkan diri daripada subjek kegemarannya itu, tembok itu mula runtuh apabila Ji Yoon-soo (Im Soo-jung) menunjukkan betapa seronoknya matematik. Malah pelajar itu menyertai pertandingan matematik di Sekolah Tinggi Asung walaupun mengelak pada awalnya.

lee dohyun

Rating baik

Menunjukkan prestasi yang baik pada awalnya dengan catatan 3.6% untuk episod pertama, namun ianya merosot ke 2.4% pada episod keduanya. Walaubagaimanapun, rekod ini merupakan sesuatu yang baik buat drama yang baru memulakan tayangannya. Daripada komen penonton, sepertinya ramai yang menyukai suasana yang dibawa oleh “Melancholia” malah lakonan Im Soo-jung dan Lee Do-hyun juga dibanjiri pujian.

Not bad juga episod awalnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...