Ikuti Kami:

“Mata Saya Pasti Berair Kalau…” – Kim Jongkook Dedah Kisah Wanita Yang Mahu Dikahwininya

“Mata Saya Pasti Berair Kalau…” – Kim Jongkook Dedah Kisah Wanita Yang Mahu Dikahwininya

Sudah pun menjangkau usia 44 tahun, pastinya ramai peminat tertanya-tanya siapakah wanita misteri yang bakal memiliki hati ahli “Running Man” iaitu Kim Jong-kook.

Walaupun pernah berkongsi kisah cintanya, lelaki berbadan sasa itu mendedahkan menerusi rancangan “My Little Old Boy” kisah seorang wanita yang mahu dikahwininya. Hal itu dikongsikan Kim Jong-kook secara spontan semasa dia dan rakannya mendengar lagu sedih nyanyiannya yang berkumandang di dalam kereta.

Menurut penyanyi itu, terdapat seorang wanita yang membuatkan dia terdetik untuk berkahwin dan berkongsi sebab disebalik perasaannya itu.

Apa yang saya fikirkan tentang wanita yang saya mahu kahwini ialah… saya rasakan jikalau saya kahwini wanita ini, pasti mata saya akan berair. Saya berasa seperti akan sangat tersentuh.

kim jongkook mahu kahwin

Tambah Kim Jong-kook lagi, dia tidak pernah merasakan perasaan tersebut dengan orang lain selepas wanita itu.

Sejak itu, tak kisah bagaimana saya bayangkan masa hadapan, saya tertanya-tanya sama ada saya akan tersentuh sebegitu rupa kalau saya berkahwin. Tiada lagi selepas si dia.

Walaubagaimanapun, Kim Jong-kook mengharapkan yang terbaik untuk dirinya bakal tiba nanti.

Saya akan bertemu dengan wanita yang hebat.

Mungkin ada wanita yang lebih baik yang bakal muncul nanti. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...