Ikuti Kami:

Masuki Separuh Kedua, Rating ‘School 2021’ Kekal Dalam Lingkungan 1%

Masuki Separuh Kedua, Rating ‘School 2021’ Kekal Dalam Lingkungan 1%

Walaupun mempunyai perintis yang gah suatu ketika dahulu, namun siri “School 2021” gagal mengekalkan momentumnya.

Rangkaian ke-8 di bawah jenama “School” ini membawa kisah pelajar sekolah menengah yang mengejar impian mereka dan menolak melalui perjalanan mengambil ujian kemasukan kolej seperti biasa. Ianya akan memaparkan kisah remaja 18 tahun menjadi matang, hubungan persahabatan dan cinta menuju ke masa depan yang tiada jaminan. Ianya diterajui oleh Kim Yo-han, Jo Yi-hyun, Chu Young-woo, Hwang Bo-reum-byul dan ramai lagi.

kbs school 2021

Meraih rating 2.8% pada episod pertama, drama itu terus menunjukkan penurunan hingga kini. Malah ianya terus kekal dalam lingkungan 1% dengan episod terbarunya (episod 10) mencatat rating terendah sepanjang tayang dek catatan 1.3%.

Malah “School 2021” hanya sekali tersenarai dalam ranking drama popular mingguan oleh Good Data Corporation semasa awal tayangannya dan langsung tidak disebut lagi sejak itu.

Di mana silapnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...