Bagi menjawab persoalan mengenai putar belit sejarah, “Snowdrop” telah menayangkan 3 episod pada minggu lalu.
Walaubagaimanapun, penonton nampaknya masih belum menerima inisiatif yang dilakukan JTBC ini memandangkan rating drama berkenaan yang terus rendah selepas tayangan pertamanya.
[Amaran SPOILER]
Dalam episod terbaru ini, Cho Young-ro (Jisoo) telah didedahkan dengan identiti sebenar Im Soo-ho (Jung Hae-in) apabila dia dijadikan tebusan selepas lelaki itu dikejar oleh ejen khas.
Untuk episod 3 dan 4, rating “Snowdrop” menyaksikan penurunan yang ketara kepada 1.853% dan 1.689%. Namun ianya menaik sedikit kepada 2.751% pada episod 5 namun tidak dapat melawan rekod terbaik ketika episod kedua iaitu 3.898%.
Untuk pengetahuan, “Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.
Siapa yang layan drama ini, apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.