Ikuti Kami:

Masih Tak Tau Nak Layan Drama Apa? Kami Bawakan ‘Menu’ K-Drama & C-Drama Khas Untuk Anda!

Masih Tak Tau Nak Layan Drama Apa? Kami Bawakan ‘Menu’ K-Drama & C-Drama Khas Untuk Anda!

Sekarang ni banyak betul pilihan drama yang best tau. Kalau dulu selalu kita layan K-drama je kan. Sekarang C-drama pun tak kurang hebat juga tau.

Apa yang Kimchi Daily perasan, drama dari kedua-dua negara ni selalu membawakan plot yang segar, pemandangan memukau dan kostum yang cantik. Sampaikan penonton terpaut hatilah!

Jadi sebab tu, kali ni kami nak kongsikan beberapa drama yang boleh masuk list ‘menu’ untuk ditonton anda . Sambil-sambil luangkan masa dengan family bolehlah layan sekali!

‘Menu’ Kdrama apa yang best sekarang?

The Veil

Sejak mula ditayangkan, The Veil berjaya menarik perhatian ramai terutama apabila Namgoong Min mentransformasi dirinya menjadi lebih sasa.

Drama ini mengisahkan Han Ji-hyuk seorang ejen lapangan elit di National Intelligence Service (NIS). Memiliki rekod yang sempurna dan kehebatan menyelesaikan misi, dia diidolakan oleh rakan sekerja sehingga tidak sedar bahawa ada mata yang mencemburui.

Permulaan episod menyaksikan Ji-hyuk dalam keadaan kusut masai sehingga tidak dikenali. Daripada seorang ejen elit, satu ‘tragedi’ hitam telah membuatkan Ji-hyuk menghilangkan diri selama setahun.

Dia kemudian nekad untuk bangkit dan kembali semula ke NIS bagi mencari dalang kepada individu yang mengkhianatinya. Kalau korang nak tengok bagaimana Namgoong Min yang tersakiti berubah mencari musuhnya. Korang boleh disaksikan The Veil di Oh! K (CH 395).

The Road: Tragedy of One

Pengkhianatan demi pengkhianatan. Kalau korang sukakan cerita yang penuh drama dan kebencian, The Road: Tragedy of One ni memang untuk korang.

Kematian Choi Jun-young mendedahkan kepincangan akibat perasaan tamak dan sifat dusta dalam perhubungan yang mahu ditutupi dek kerana populari diri. Baek Soo Hyun (Ji Jin-hee) seorang wartawan terkenal berkahwin dengan anak seorang yang berpengaruh Seo Eun Soo (Yun Se-ah).

Tragedi yang bermula dari satu pembohongan kemudian bertambah parah sehingga melondehkan sisi gelap keinginan dan niat jahat golongan elit di Royal the Hill. Kalau nak tau siapakah dalang disebalik kematian Choi Jun-young korang boleh saksikan di tvN (CH 395).

Police University

Mengisahkan tentang seorang bekas detektif Yoo Dong Man (Cha Tae Hyun) yang kini menjadi pengajar di Universiti Kepolisan.

Dia telah bertemu dengan seorang bekas penggodam Kang Sun Ho (Jinyoung B1A4) dan Oh Kang Hee (Krystal) yang baru memasuki universiti itu. Hubungan mereka tidak hanya sekadar pelajar dan pensyarah apabila mereka menjalin bekerjasama menyelesaikan jenayah.

Lebih menghiburkan karakter Yoo Dong Mang yang bagaikan anjing dengan kucing setiap kali bersama Kang Sun Ho. Berbaki beberapa episod, korang boleh saksikan Police Universiti di saluran KBS World (CH 391) atau strim secara On Demand di Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Lovers of The Red Sky

Lovers of The Red Sky ni mengisahkan seorang lelaki, Ha Ram yang mempunyai kelebihan membaca bintang walaupun buta. Takdir mempertemukan dia dengan seorang gadis yang memiliki kemahiran melukis.

Namun takdir begitu rumit kerana mereka merupakan mangsa sumpahan Ma Wang (Dewa Kematian) dan ‘mata’ yang dimiliki gadis itu (yang dilahirkan tanpa penglihatan) sebenarnya adalah milik Ha Ram.

ONE (CH 393) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

Hometown

Satu lagi drama thriller misteri yang mendebarkan, Hometown mengisahkan tentang sebuah kampung terpencil berlatar belakangkan tahun 1999.

Choi Hyung-in (Yoo Jae-myung) seorang detektif, melakukan siasatan berhubung kes pembunuhan pelik yang berlaku di kampung itu dan dia kemudian bertemu dengan Jo Jung-hyun (Han Ye-ri) yang sedang mencari anak saudaranya yang diculik.

Kehidupan mereka tersimpul dengan Jo Kyung-ho (Um Tae-goo) merupakan abang kepada Jo Jung-hyun yang meringkuk dalam penjara dan dalang disebalik insiden serangan gas pada 1987 yang mengorbankan isteri Choi Hyung-in.

Penonton pada awal cerita dapat menyaksikan konflik yang berlaku di kampung ini yang menunjukkan pembunuhan, penculikan kanak-kanak perempuan, rakaman kaset yang pelik dan berkemungkinan ia merupakan satu ajaran sesat.

Bagi yang gemar drama yang suspense korang boleh menyaksikan Hometown di tvN (CH 395) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO.

One The Women

Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang korup. Kerana sebuah kemalangan, kehidupannya berubah 180 darjah dan dia telah kehilangan ingatan.

Lebih sulit, kehidupannya telah tertukar dengan seorang menantu konglomerat yang mempunyai wajah sepertinya.

ONE (CH 393) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

The Devil Judge

Drama ini berlatar belakangkan dunia alternatif (alternate universe) atau Korea versi distopia di mana seluruh negara menyertai perbicaraan dalam mahkamah menerusi siaran langsung.

Ji Sung membawa watak Kang Yo-han, ketua hakim yang menyimpan satu keinginan misteri dan bergandingan bersama Kim Min-jung yang membawa watak Jung Sun-ah, musuh ketat Kang Yo-han dan merupakan pengarah di pertubuhan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

Jung Sun-ah yang kelihatan baik pada luaran, mempunyai rancangan jahat menjatuhkan Kang Yo-han dan memusnahkan kehidupan lelaki itu. Kisah yang penuh dendam dalam dunia di mana manusia hidup dalam persepsi ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan kerana plot cerita yang tak cliche.

Korang boleh catch up drama ni dengan strim secara On Demand di Ultra Box atau aplikasi Astro GO.

Voice 4

Musim terbaru ini membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh kejam yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.

Permulaan episod penonton dikejutkan dengan notis yang dihantar oleh pembunuh bersiri ‘Circus Man’ di mana ia hanya boleh didengari oleh Lee Ha-na (Kang Kwon-joo)  menerusi kelebihan istimewanya. Circus Man mula memanipulasi Lee Ha-na dan pasukan Golden Time hingga membawa mereka ke tempat di mana segalanya bermula.

Sepanjang musim ini korang dapat merasai debaran Ha-na dan pasangan terbarunya Derek Jo cuba merungkai misteri yang berlaku hingga membawa kepada satu persoalan baru dihujung cerita.

Untuk menonton korang boleh strim secara On Demand di Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

‘Menu’ Cdrama… Enjoy!

The Ideal City

Kisah ini membawakan Su Xiao seorang jurutera kos yang dijadikan mangsa kambing hitam kerana kesalahan yang tidak dilakukan dan dipecat.

Enggan mengalah dia terus memperjuangkan tempatnya dalam dunia seni bina yang dikuasai oleh lelaki dan telah membuatkan ketua unit ekonomi jatuh hati kepadanya.

iQIYI (CH 300) atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

Song of Youth

Berlatar belakangkan Dinasti Ming, drama ini berkisarkan Lin Shaochun, seorang puteri kepada  bekas pegawai pemerintah yang dikhianati. Untuk meneruskan kelangsungan hidup dia telah menyertai kumpulan penghibur jalanan.

Dia bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Sun Yulou yang kaya.Semasa ingin membuat perancangan membalas dendam untuk ayahnya, mereka telah menyingkap satu rahsia yang mengejutkan.

Strim secara secara eksklusif On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

Demi Gods & Semi-Devils

Menggunakan latar masa di bawah pemerintahan Maharaja Zhe Zong, Song. Drama ini membawa kisah Qiao Feng, pemimpin kepada klan pengemis, Duan Yu, seorang putera Dali dan Xu Zhu, seorang sami Shaolin. Mereka bersumpah menjadi saudara dalam perjalanan mereka di dunia pugilistik.

Strim secara secara eksklusif On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

The Kwoks and What

Kisah suka duka hidup berkeluarga, keluarga Kwok memaparkan kisah keluarga yang mempunyai masalah dalaman dan juga daripada orang luar. Bersama mereka menyelesaikan kemelut yang melanda.

Strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

The Line Watchers

The Line Watchers membawakan kisah tentang pegawai kastam Hong Kong. Mengangkat kisah pegawai dan anak buahnya yang berkhidmat demi negara disebalik kemelut dalaman dan keluarga.

Strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

The Summer Temple Fair

Xia Zhi Xun kembali ke kampung halamannya di Daxi bersama dengan juniornya, Nuan Nuan setelah melanjutkan pelajarannya di Taipei.

Selepas 7 tahun dia gembira kerana dapat kembali semasa perayaan Temple Fair musim panas, festival paling penting dalam masyarakat bagi meraikan hari kelahiran Raja Suci, Dewa Guan.

Hua Hee Dai atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

Psycho Detective 1 & 2

Psycho Detective membawakan kisah sebuah jabatan rahsia polis Hong Kong, yang dikenali sebagai “Seventh Action Group”. Pasukan ini mempunyai skop tanggungjawab unit iaitu menyelesaikan kes ghaib dan misteri.

Wah Lai Toi atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

Limited Education

Lo Man Tat adalah seorang cikgu kontrak di Ma Sau College yang mempunyai masalah untuk mengekalkan pekerjaannya setelah 5 tahun berurusan dengan pelajar kurang berkemampuan, diasingkan oleh rakan-rakan dan selalu digunakan oleh pihak atasan.

Memburukkan lagi keadaan apabila Pengetua Leung yang baru dilantik, telah memperkenalkan sistem penilaian yang ketat di mana guru kontrak yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan akan disingkirkan.

Wah Lai Toi atau strim secara On Demand di Ultra Box & aplikasi Astro GO

Penuhi selera anda dengan ‘menu’ hidangan Kdrama & Cdrama hanya di Astro!

Haaaa.. Macam mana? Banyakkan senarai yang kami bantu sediakan untuk anda? Semua rancangan ini, anda boleh nikmati hanya dengan Astro tau!

Waktu anda berkumpul dengan keluarga untuk makan bersama, sambil tu bolehkan layan sekali hidangan daripada Astro ni. Kalau ‘menu’ yang kami sertakan ni tak cukup, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di SINI.

Untuk mengetahui lebih banyak drama menarik yang disiarkan, anda boleh ikuti Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi Astro. Jangan biarkan hidup anda suram tanpa drama, langgan Astro untuk keceriaan seisi keluarga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...