Mesti ramai yang masih teringat saat di mana SM Entertainment mengumumkan pengunduran diri Jessica dari Girls’ Generation pada 2014 kan?
Sejak 10 tahun lalu, agak sukar untuk mendengar khabar sama ada wanita itu masih mengekalkan hubungan baik bersama kumpulan berkenaan atau pun tidak.
Pun begitu, ada sesetengah peminat yang beranggapan bahawa Jessica mengekalkan hubungan baik dengan beberapa ahli setelah melihat siaran langsung Hyoyeon tak lama dahulu.
Girls Generation’s Hyoyeon during her live:
– “Jessica Jung annyeong”pic.twitter.com/S6dfHnWdgT
— About Music (@AboutMusicYT) June 7, 2024
Ketika menyapa peminat, Hyoyeon sempat menyebut sambil tersenyum,
Jessica Jung, annyeong (hello).
Disebabkan itu ramai menganggap mungkin kedua mereka tetap rapat hingga kini. Komen netizen,
- Oh, maknanya mereka berhubung.
- Nampaknya masih ada ahli yang berhubung dengan Jessica.
- Kenapa mereka perlu ada hubungan buruk?
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.