Ikuti Kami:

“Masa Mengubati Segalanya” – Pernah Disakiti, Song Hyekyo Kongsi Cara Lalui Dugaan

“Masa Mengubati Segalanya” – Pernah Disakiti, Song Hyekyo Kongsi Cara Lalui Dugaan

Popular dalam kalangan penonton drama Korea, sudah pastinya ramai yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Song Hye-kyo.

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, pelakon wanita itu telah berkongsi pelbagai cerita mengenai kehidupannya.

Antara soalan yang ditanya ketika itu,

Apakah perkara yang paling berkuasa dalam hidup anda dan apa yang awak mahu katakan pada orang tercinta?

song hyekyo

Jawabnya,

Sejujurnya, frasa ‘Masa akan selesaikan segalanya’ adalah sangat menyebalkan. Tapi selepas berfikir untuk seketika, saya mendapat kekuatan dari ayat itu. Masa benar-benar menyembuhkan. Apa yang saya mahu katakan buat orang tersayang adalah jika mereka sedang tersakiti, ‘Sakit sahaja sekarang’. Kalau saya suruh mereka untuk tidak sakit sekarang, mereka tetap akan berasa sakit juga. Tapi kalau awak cukup tersakiti, ianya akan berlalu juga akhirnya. Jikalau awak asyik menolaknya, sakit itu akan berpanjangan.

song hyekyo

Dalam pada itu, Song Hye-kyo menjelaskan bahawa dia teringin untuk kembali berlakon dalam drama komedi romantik sekiranya menjumpai skrip yang bersesuaian.

Kuat kan Song Hye-kyo?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...