Menurut laporan media, G-Dragon tiba lewat kira-kira 40 minit ke acara ‘PEACEMINUSONE Highball Launching Party’ yang diadakan di Grand Hyatt Seoul, Yongsan-gu.
Acara itu dijadualkan bermula pada jam 7 malam (waktu Korea), namun para wartawan terpaksa menunggu selama hampir 40 minit sebelum G-Dragon akhirnya tiba dengan Cybertruck edisi PEACEMINUSONE.
Menurut pihak Galaxy Corporation, kelewatan tersebut berpunca daripada kesesakan lalu lintas. G-Dragon tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kelewatannya di hadapan wartawan, sebaliknya terus mengikuti jadual acara seperti biasa.
G-Dragon’s arrival at the “PEACEMINUSONE Premium Highball Launch Party – THE SIGNAL” event happening today at the Grand Hyatt Seoul Hotel in Seoul.#GDRAGON #GD #지드래곤 #지디 pic.twitter.com/85FqwlxdMH
— ü (@gdpdates) June 13, 2025
Sementara itu, G-Dragon sebelum ini juga telah memohon maaf kepada peminat atas kelewatan permulaan konsertnya bertajuk ‘Übermensch’ di Seoul selama dua hari berturut-turut.
Hari pertama konsert mengalami kelewatan kira-kira 73 minit, manakala hari kedua juga turut ditangguhkan kerana keadaan cuaca.
Tak sengaja kot..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.