“Marry My Husband” terus mendunia!
Menurut Good Data Corporation, kajian populariti drama yang menggabungkan TV-OTT yang dijalankan pada 7 Februari, “Marry My Husband” dan Park Min-young telah mendahului carta populariti untuk 5 minggu berturut-turut dalam kategori topik panas.
Selain itu, minggu lepas, pelakon-pelakon “Marry My Husband”, Lee Yi-kyung dan Song Ha-yoon juga menduduki tempat kedua dan ketiga dalam ranking populariti pelakon.
Sementara itu, “Marry My Husband” terus mendominasi dalam kebanyakan kajian populariti drama, termasuk keempat-empat kategori dalam kajian topik panas. Terutamanya minggu ini, telah ditunjukkan bahawa drama ini mencatatkan rekod baru dengan meningkatkan skor popularitinya sebanyak 44.7% berbanding minggu lalu.
Tempat kedua dan ketiga ditempati oleh drama tvN “Captivating The King” dan drama MBC “Knight Flower”, masing-masing naik satu tangga dari minggu lepas, sementara populariti drama JTBC “Doctor Slump” kian kukuh dan naik dari tempat ketujuh ke tempat keempat.
Drama “A Shop for Killers” di Disney+ pulih dengan peningkatan sebanyak 33.5% berbanding dengan minggu sebelumnya, naik ke tempat kelima.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.