Ikuti Kami:

“Mana Tracksuit Hijau?” – Peminat Kecewa Lihat Merchandise ‘Tangkap Muat’ Buat ‘Squid Game’

“Mana Tracksuit Hijau?” – Peminat Kecewa Lihat Merchandise ‘Tangkap Muat’ Buat ‘Squid Game’

Popular di seluruh dunia, sudah pasti Netflix mengambil peluang untuk memasarkan “Squid Game” untuk keuntungan mereka dan juga kepuasan peminat.

Terbaru, laman penstriman itu telah melancarkan merchandise atau barangan istimewa bagi mempromosikan lagi drama itu menerusi Netflix Shop.

Meskipun dinantikan ramai namun rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan merchandise yang dihasilkan. Hanya terdiri daripada t-shirt dengan grafik berbeza, peminat berasa kesal dengan peluang yang dilepaskan oleh laman tersebut untuk menghasilkan pelbagai lagi barangan yang bermakna daripada siri tersebut.

merchandise squid game merchandise squid game merchandise squid game

T-shirt berkenaan dijual di antara harga RM146 ke RM167, harga yang agak mahal berbanding kualitinya.

Antara komen mereka:

Mereka hanya hasilkan ini?

 

Tak cantik.

 

Bagi kami pakaian suka hijau itu.

 

Siapa yang akan beli semua ini? Mereka buatkan tiada siapa mahu membelinya.

 

Jangkaan saya terlalu tinggi, apakah ini semua..

 

Kenapa cetak t-shirt sahaja? Patutnya mereka jual pakaian sukan hijau ataupun topeng ‘Front Man’.

 

Kualiti apa ni?

 

Bagi sut merah kami.

Rata-rata daripada mereka pelik mengapa Netflix memilih untuk tidak menjual pakaian sukan hijau serta kostum pink dan topeng para penjaga di dalam siri itu. Bahkan tiada barangan lain yang dijual melainkan t-shirt sedangkan ramai yang mencari patung menakutkan dalam permainan ‘Green Light, Red Light’ itu.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...