Ikuti Kami:

“Malulah” – Diminta Muncul Dalam ‘Running Man’ Disamping Lee Kwangsoo, Ini Respon Lee Sunbin

“Malulah” – Diminta Muncul Dalam ‘Running Man’ Disamping Lee Kwangsoo, Ini Respon Lee Sunbin

Sedang mempromosikan filem terbarunya iaitu “Mission Possible” bersama Kim Young-kwang, memang banyaklah sesi temu bual yang perlu dilalui oleh pelakon manis Lee Sun-bin.

Tapi terdapat satu topik yang pastinya akan menjadi soalan utama apabila dia ditemu bual. Korang pun mesti tahu soalan apa, semestinya mengenai kekasih hatinya iaitu pelakon Lee Kwang-soo.

Apabila ditanya sama ada dia akan muncul dalam “Running Man” untuk mempromosikan filem tersebut, Lee Sun-bin hanya tersipu malu dan membalas,

Malulah.

lee sunbin

Jelasnya lagi,

Saya tak rasa saya patut lakukannya kerana saya mahu memberi fokus untuk mempromosikan filem ini.

Apabila ditanya sama ada Lee Kwang-soo memberikannya sebarang nasihat atau pun reaksi kepada filem ini, Lee Sun-bin menjelaskan personaliti dirinya,

Menyentuh mengenai lakonan dan projek berkaitan, saya langsung tak tanya sesiapa bahkan rakan sendiri. Jadi, dia hanya menyokong saya daripada belakang. Kalau dahulu, saya selalu meminta nasihat tapi saya risau akan mula terpengaruh apabila berada di set. Sebab itu, saya cuba untuk bersedia dengan sendirinya.

Seronok betul apabila lihat Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin langsung tak segan untuk berkongsi cerita mengenai hubungan mereka dengan peminat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...