Ikuti Kami:

Malaysia Tangga Ke-7 Paling Banyak Sebut Pasal K-pop Di Twitter, Negara Ke-8 Paling Ramai ‘K-Poppers’

Malaysia Tangga Ke-7 Paling Banyak Sebut Pasal K-pop Di Twitter, Negara Ke-8 Paling Ramai ‘K-Poppers’

Memang tak dapat dinafikan bahawa penangan K-Pop dan K-Drama di negara kita ini sangatlah hebat sejak beberapa tahun lepas sehingga kini. Bahkan radio dan stesen televisyen tempatan pun tak melepaskan peluang untuk mejejakkan kaki dalam populariti genre ini dengan menayangkan kandungan daripada Korea di saluran masing-masing.

Bahkan rakyat Malaysia juga terbukti menyukai K-Pop apabila laman media sosial Twitter sendiri mengeluarkan data yang membuktikan bahawa negara ini berada di tempat tertinggi dalam membuat ciapan berkaitan genre ini.

Data tersebut diambil daripada rekod ciapan warga Twitter daripada 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun lepas. Mengejutkan apabila topik K-Pop meraih lebih 6. bilion ciapan sepanjang kajian itu berlangsung dan dikumpulkan. Dahsyat!

Dengan kerjasama bersama K-Pop Radar, Twitter telah mengeluarkan senarai tersebut bagi meraikan ulang tahun ke-10 komuniti K-Pop global selain turut menyambut kepopularitian K-Pop di laman media sosial tersebut. Menurut data itu, Malaysia terletak di tangga ke-7 sebagai negara yang banyak menyebut mengenai topik ini.

kpop twitter

Manakalah Malaysia menduduki tempat ke-8 sebagai negara yang paling ramai diduduki oleh peminat K-Pop.

kpop twitter

Masih mengekalkan populariti yang unggul, kumpulan BTS menduduki tempat pertama sebagai kumpulan K-Pop yang paling banyak disebut di laman Twitter dan diikuti oleh EXO, GOT7, BLACKPINK, NCT127, MONSTA x, Seventeen, NCT Dream, TWICE dan Stray Kids.

kpop twitter

Manakala, untuk lagu K-Pop yang menerima paling banyak ciapan ialah “Obsession” dendangan kumpulan EXO yang telah diriliskan pada Disember lepas.

kpop twitter

Boleh tahan ramai ya peminat K-Pop di Malaysia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...