Ikuti Kami:

“Malaysia, Rumahku Syurgaku”- Hanbyul Harap Dapat Keluarkan Album Penuh Dalam Bahasa Melayu

“Malaysia, Rumahku Syurgaku”- Hanbyul Harap Dapat Keluarkan Album Penuh Dalam Bahasa Melayu

Masih ramai lagi yang tak ‘move on’ daripada kehangatan pentas Big Stage 2019 walaupun sudah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu. Selama 8 minggu bersiaran, ternyata pelbagai peristiwa menarik yang berlaku sepanjang program itu berlangsung. Tapi momen paling indah yang berlaku dalam pertandingan tersebut ialah apabila Jang Hanbyul, peserta daripada Korea Selatan telah dinobatkan sebagai juara. Buat julung kalinya seorang penyanyi daripada luar negara telah merangkul trofi kemenangan dalam rancangan Big Stage.

hanbyul juara big stage

Walaupun ada yang mempertikaikan kemenangan Hanbyul hanya kerana dia berasal daripada negara luar, pun begitu, ramai lagi rakyat Malaysia yang bersetuju dia dinobatkan sebagai juara. Ini kerana mutu persembahannya yang konsisten pada setiap minggu serta bakat vokalnya yang memukau penonton.

Terbaru, Hanbyul telah ditemu bual oleh Neelofa dan Nabil bagi menceritakan lagi mengenai detik manisnya menjuarai Big Stage 2019. Menurut lelaki berasal daripada Korea itu, dia tidak akan melupakan kenangan berjumpa dengan peminat Malaysianya setiap kali selepas tamat persembahan program itu di tempat letak kereta. Dia berterima kasih dengan sokongan tidak tehingga mereka.

hanbyul mahu keluarkan album penuh bahasa melayu

Apabila ditanya mengenai perancangannya di Malaysia selepas tamat rancangan itu, Hanbyul menyatakan yang dia terpaksa pulang ke Korea seminggu lagi kerana perlu menguruskan urusan visanya. Neelofa terus ‘mencucuk’ lelaki itu dan bertanya, “Saya ingatkan awak akan pindah ke Malaysia?” Hanbyul terus berseloroh, “Malaysia, rumahku syurgaku.” Pandai Hanbyul!

Dia juga menjelaskan yang dia berharap agar dapat mengeluarkan album penuh dalam bahasa Melayu dalam masa tedekat ini. Peminatnya yang berada di studio turut bersorak gembira apabila mendengarkan berita itu.

Mesti gempak nanti bila Hanbyul keluarkan sebuah album penuh dengan lagu Melayu sahaja. Lihat sahaja ‘kepanasan’ lagu bahasa Melayu pertamanya iaitu “Luka Dan Bahagia” yang sudah hampir mencapai sejuta tontonan di Youtube!

Sumber: Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...