Ikuti Kami:

“Makin Berusia, Makin Pelik”- Gayakan Cincin Hidung, Netizen Kritik Penampilan Han Yeseul

“Makin Berusia, Makin Pelik”- Gayakan Cincin Hidung, Netizen Kritik Penampilan Han Yeseul

Han Yeseul merupakan antara salah seorang selebriti yang dikenali kerana bakat lakonannya yang memukau. Sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri seni Korea, wanita berusia 38 tahun ini masih lagi aktif dalam dunia lakonan. Antara drama popular yang pernah diterajui olehnya ialah “Madame Antoine: The Love Therapist”, “Spy Myung-wol”, “Birth of a Beauty” dan banyak lagi!

Meskipun dikenali sebagai artis berwajah rupawan dan kewanitaan suatu ketika dahulu tetapi kini Han Yeseul sepertinya tidak segan untuk mengekspresikan dirinya. Wanita itu sering memuat naik tatu baru yang dicacahnya di laman media sosial untuk pengikutnya bahkan dia juga selalu mengenakan solekan yang unik bagi meluahkan kreativitinya. Kalau anda nak tahu, dia mempunyai lebih kurang 12 cacahan tatu semuanya!

tatu han yeseul tatu han yeseul

Pun begitu, Han Yeseul tampil dengan penampilan ‘grunge punk’ semasa dia menjadi penyampai anugerah semasa “2019 Golden Disc Awards” baru-baru ini. Dengan mengenakan gaun bermotif bunga tanpa bahu dan solekan tebal bersama gincu merah gelap. Namun aksesori yang menarik perhatian netizen ialah cincin hidung yang sebelum ini tidak pernah langsung digayakan olehnya.

subang hidung han yeseul

Segelintir netizen menolak penampilannya yang dikatakan terlampau ‘over’ itu. Bagi mereka aksesori seperti itu tidak sesuai dengan kariernya sebagai seorang pelakon dan turut pelik dia mula berpenampilan sedemikian apabila hampir mencecah usia 40 tahun.

“Dia berkelakuan seperti pelajar kolej yang baru sahaja habis sekolah menengah dan sedang mencuba semua benda yang belum pernah dicubanya.”

“Saya selalu berfikir bahawa dia tidak peduli dengan kata-kata orang lain dan melakukan apa sahaja yang dimahukannya. Semua pelakon wanita lain yang sebaya dengannya berusia dengan cantik dan anggun… saya berharap agar dia juga seperti itu.”

“Dia semakin cuba meraih perhatian.”

“Adakah konsep dia lembu?”

“Cincin hidung adalah sedikit melampau.”

subang hidung han yeseul
Pun begitu, ada juga beberapa netizen yang ‘back up’ penampilan unik Han Yeseul. Mereka merasakan tidak salah wanita itu ingin mengekspresikan sesuatu penampilan tersebut kerana itu adalah badannya sendiri.

“Biarkan dia. Dia menghabiskan duitnya sendiri untuk membahagiakan diri. Ada apa semua itu dengan anda semua?. Bukannya langgar undang-undang pun kan?”

“Dia bebas untuk melakukan apa sahaja! Awak cantik.”

“Dia tidak melakukan sebarang jenayah atau pun menyusahkan orang lain kerana hal ini. Awak hanya hidup sekali, biarkan sahaja dia melakukan apa yang dia mahu.”

Han Yeseul merupakan seorang yang tidak takut untuk meluahkan segala apa yang ada di hatinya. Jadi, dia melakukan semua ini kerana kehendaknya sendiri dan kata-kata nista tak akan menjejaskan pilihan hidupnya.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...