Selepas 8 bulan, Son Ye-jin akhirnya telah membuat penampilan umum pertama.
Terbaru pada 4 Julai, Son Ye-jin telah tiba di Lapangan Terbang Incheon, dalam perjalanannya ke Paris, Perancis.
Khususnya, pelakon wanita itu akan menghadiri pertunjukan fesyen buat jenama mewah ‘Valentino’, juga menandakan acara rasmi pertama yang akan dihadirinya selepas melahirkan anak.
Menarik perhatian, Son Ye-jin tampil di lapangan tebang dengan blazer putih dan skirt hitam, memaparkan kecantikan yang semakin menawan.
Menerusi Twitter, netizen rata-rata memuji penampilan pelakon itu dengan menulis,
Dia kelihatan semakin berseri-seri!
Son Ye-jin makin cantik dan segar.
Saya seronok dapat melihat dia kembali. Dia sangat menawan.
Selamat kembali bekerja Son Ye-jin!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉