Ikuti Kami:

“Makanan Dan Skincare Nak Ala Korea, Tapi Hina K-Pop”- Netizen Bingung Kenapa Cerca K-Pop Walhal Suka Barangan Korea

“Makanan Dan Skincare Nak Ala Korea, Tapi Hina K-Pop”- Netizen Bingung Kenapa Cerca K-Pop Walhal Suka Barangan Korea

Demam Korea yang melanda Malaysia semakin hari semakin panas. Nampaknya lama lagi sebelum demam ini kebah. Atas sebab ramai yang kian menunjukkan minat dengan hal berkaitan Korea, semakin banyak kedai khas Korea telah dibuka di Malaysia, tak kisahlah kedai serbaneka, kedai pakaian atau pun kedai makan. Memang banyak gila!

Bukan itu sahaja, rata-rata syarikat di Malaysia sendiri selalu mengeluarkan produk yang berasaskan atau pun mempunyai tema Korea. Paling banyak ialah produk makanan, contohnya burger McDonalds pedas ala Korea, ayam goreng ala Korea di Secret Recipe dan MarryBrown dan macam-macam lagi.

mcdonalds secret recipe korea

Bukan itu sahaja, cara solekan dan produk kecantikan pun suka buat stail Korea. Yang perempuan mesti tahu, sekarang ini memang trend solekan natural atau pun ‘bare face’ yang sebenarnya diinspirasikan daripada Korea. Dulu ramai mesti beli jenama solekan daripada barat seperti Maybelline, The Body Shop, Lancome dan banyak lagi. Tapi sekarang banyak produk kecantikan daripada Korea yang dah masuk ke pasaran Malaysia antaranya seperti Innisfree, The Face Shop, Nature Republic, Laneige dan lain-lain.

produk kecantikan korea di malaysia

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sudah boleh menerima barangan daripada Korea tetapi mereka masih mengecam muzik genre K-Pop, walhal muzik bersifat universal. Kenapa mereka boleh menerima lagu daripada Amerika dan India tetapi tidak Korea?

Persoalan ini telah dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter yang tidak mengerti kenapa artis K-Pop seringkali menerima cacian walaupun mereka tidak pun menyusahkan sesiapa. Barangan dan makanan daripada Korea sibuk dicari-cari tetapi hal K-Pop sahaja mesti terima kecaman.

k-pop dicaci dihina malaysia

Rata-rata netizen yang membaca entri itu turut menyokong kenyataan individu tersebut. Mereka pelik kenapa rakyat Malaysia taksub meniru konsep daripada Korea tetapi tidak dapat menerima artis K-Pop.

rakyat Malaysia benci K-Pop
rakyat Malaysia benci K-Pop

Sebenarnya tak sepatutnya kita menghina sesiapa pun, tak kiralah negara atau pun bangsa. Kalau tak minat, kita patut diamkan sahaja. Tak perlu dimaki dan dihina. Sama juga dengan artis Malaysia, tak perlu mengata walaupun tak suka. Sebab mereka juga manusia seperti kita, mesti kita pun tak suka kalau kena hina kan?

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...