Ikuti Kami:

Makan & Bersenam Bersama, Video Song Jihyo Di ‘GYM Jongkook’ Raih 5 Juta Tontonan Dalam 17 Jam

Makan & Bersenam Bersama, Video Song Jihyo Di ‘GYM Jongkook’ Raih 5 Juta Tontonan Dalam 17 Jam

Memang ‘rare’ betul nak melihat Song Ji-hyo sertai video YouTube kenalannya, tapi nampaknya ia adalah pengecualian buat Kim Jong-kook sahaja.

Peminat “Running Man” nyata gembira apabila melihat pelakon wanita itu muncul sebagai tetamu pertama dalam saluran YouTube Kim Jong-kook iaitu ‘GYM Jong Kook’. Bertemakan senaman, ramai yang teruja ingin menyaksikan Song Ji-hyo bersenam dan meluangkan masa bersama ‘sparta’ Jong-kook.

Dalam video awal ini, mereka berdua dilihat menjamah makanan bersama dan Kim Jong-kook turut melayan soalan wanita itu. Walaubagaimanapun, dapat dilihat bahawa Song Ji-hyo lebih berminat dengan ‘Korean Army Stew’ yang dihidangkan sampai dia menjamah porsi untuk dua orang!

song jihyo gym jongkook

Namun begitu, dalam sedutan episod akan datang, nampak gayanya Song Ji-hyo akan dikerah dengan teruk oleh Kim Jong-kook dalam melakukan senaman untuk mengempiskan perut.

Mungkin sebab ramai yang tak sangka Song Ji-hyo akan buat kemunculan bersama Kim Jong-kook, video tersebut sudah pun mencapai tontonan sebanyak 5 juta tontonan selepas 17 jam ia diriliskan. Dahsyat!

song jihyo gym jongkook

Korang boleh terus ke saluran Kim Jong-kook, untuk tonton telatah selamba dan kelakar mereka tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...