Ikuti Kami:

“Mahu Ubah Penampilan” – Song Jihyo Dilapor Pilih Untuk Berambut Pendek Sendiri

“Mahu Ubah Penampilan” – Song Jihyo Dilapor Pilih Untuk Berambut Pendek Sendiri

Sepanjang minggu lalu hingga ke hari ini, banyak betul diskusi yang melibatkan gaya rambut terbaru Song Ji-hyo.

Ramai yang menyokong, namun ada juga yang mengkritik pilihan tersebut selain meminta jurugaya pelakon itu supaya melakukan kerja dengan lebih baik.

Walaubagaimanapun, menurut sumber dalam industri, pilihan itu dibuat oleh Song Ji-hyo sendiri,

Song Ji-hyo memilih untuk mengubah gaya rambutnya dengan sendiri.

Tambah mereka lagi, sudah semestinya wanita itu tidak akan memuat naik gambar dengan rambut barunya jika dia tidak menyukainya.

Malah menurut laporan, melainkan idola daripada agensi besar, selebriti lain biasanya memilih gaya mengikut kehendak sendiri. Tambahan seperti Song Ji-hyo yang sudah 20 tahun dalam industri selain sudah bekerja lama dengan kumpulan staf yang sama, mereka juga mencadangkan gaya yang disukai pelakon itu sendiri.

Selain itu, Song Ji-hyo dikatakan mahu mengubah penampilannya. Oleh sebab itu, gaya itu dipilih.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...