Ikuti Kami:

Mahu Ubah Akta Perwarisan Harta, Abang Dedah Goo Hara Halau Ibunya Dari ICU Selepas Cubaan Bunuh Diri

Mahu Ubah Akta Perwarisan Harta, Abang Dedah Goo Hara Halau Ibunya Dari ICU Selepas Cubaan Bunuh Diri

Kisah hidup mendiang Goo Hara bukanlah satu cerita yang indah dan dipenuhi dengan bunga. Ditinggalkan ibu sejak kecil, dia membesar dengan kasih sayang abang dan ayahnya sahaja. Tapi siapa sangka, selepas dia pergi buat selamanya, barulah ibunya datang mencari bukannya kerana rindu tetapi dek ketamakan dan keinginan untuk memiliki harta peninggalan satu-satunya anak perempuannya itu.

Abang Goo Hara iaitu Goo Hoin berasa tidak puas hati dengan undang-undang yang menyatakan bahawa harta anak bujang yang meninggal akan diberi kepada kedua ibu bapa mereka. Ini kerana ibunya yang meninggalkan mereka terkapai-kapai sejak kecil tidak layak memegang walaupun sedikit hasil titik peluh adiknya. Lelaki itu juga kini sedang berlawan di mahkamah bagi memastikan keluarga lain dengan situasi yang sama tidak akan melalui apa yang dilaluinya.

abang goo hara pertahankan hak adiknya Goo Hoin kini dalam usaha untuk memperkenalkan ‘Akta Goo Hara’ untuk memastikan harta peninggalan sesiapa nanti akan jatuh kepada orang yang selayaknya dan bukan atas undang-undang sahaja. Di samping itu, lelaki ini turut berkongsi kiah sedih yang dihadapi oleh dia dan adiknya kerana perangai ibu mereka itu.

Semasa saya berumur awal awal 20-an, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dan dia bertanyakan adakah ibu saya bernama sekian dan sekian. Lelaki itu kemudiannya memberitahu bahawa ibu saya telah melarikan wangnya dan dia mahu saya yang bertanggungjawab ke atas kesalahannya. Rasa tidak adil, saya memarahi lelaki asing itu dan memberitahunya bahawa saya tidak mempunyai ibu sedemikian rupa.

goo hara

Bukan itu sahaja, bahkan Goo Hara juga tidak senang dengan kehadiran ibunya. Ini terbukti apabila dia menolak wanita itu daripada berada di sisinya ketika dia di ICU selepas cubaan membunuh diri.

Kali terakhir saya berjumpa dengan ibu saya adalah pada tahun 2018 apabila Hara terpaksa dimasukkan ke hosiptal kerana mengambil tindakan yang drastik. Semasa dia berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), ibu saya turut berada di sana kerana dia perlu bertindak sebagai penjaga. Walaubagaimanapun, Goo Hara meminta ibunya pulang dan menanyakan saya kenapa ibu kami perlu berada di situ.

Selepas mendengar penjelasan abangnya, Goo Hara mengatakan bahawa kehadiran ibunya itu membebankan dan menyuruh wanita itu pulang sahaja.

Harap abangnya berjaya menegakkan keadilan dan semoga Hara tenang di sana.

Sumber: Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...