Ikuti Kami:

Mahu Tteokbokki, Odeng Ala K-Drama? Kedai Serbaneka Korea Popular CU Dibuka Di Malaysia April Ini

Mahu Tteokbokki, Odeng Ala K-Drama? Kedai Serbaneka Korea Popular CU Dibuka Di Malaysia April Ini
*gambar hiasan

Seronok kan bila tengok K-Drama, tambah-tambah bila disajikan pelbagai makanan tempatan Korea? Kita yang selera nusantara pun boleh terliur tengok tteok-bokki (kes beras pedas), kimbap (seaweed gulung), ramen dan macam-macam lagi.

Bahkan tengok kedai serbaneka mereka yang dah macam kedai makan pun buat kita teringin nak singgah kan?

Berita baik untuk anda, kedai serbaneka popular di Korea iaitu CU akan dibuka buat julung kalinya di Malaysia tak lama lagi.

cu malaysia

Beruntunglah orang Kuala Lumpur dan Selangor kerana cawangan pertama tersebut akan dibuka di Centerpoint di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 1 April nanti.

Anda wajib singgah tahu nanti sebabnya anda boleh dapatkan pelbagai produk makanan Korea selain boleh jamah menu ‘sedap meleleh air liur’ seperti tteok-bokki, ddak-ganjeong (ayam goreng rangup), corn sausage dan odeng.

cu malaysia

Apa lagi, janji siap-siap dengan rakan-rakan anda pada 1 April nanti tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...