Ikuti Kami:

Mahu Tambah Koleksi Drama Korea? Ini 12 Naskhah Baru Yang Bakal Temui Penonton Mac Ini!

Mahu Tambah Koleksi Drama Korea? Ini 12 Naskhah Baru Yang Bakal Temui Penonton Mac Ini!

Dah masuk bulan ketiga tahun 2020 tetapi arena drama Korea nampaknya tidak berhenti mengeluarkan pelbagai produk baru. Meskipun banyak drama yang diriliskan pada awal tahun ini seperti “Itaewon Class” dan “Romantic Doctor Kim 2” mendapat pujian melambung, masih terdapat banyak lagi naskhah yang bakal disajikan kepada para penonton pada bulan Mac nanti!

Nah ini senarainya!

1. NOBODY KNOWS

SBS | 2 Mac

Cha Youngjin (Kim Seohyung) ialah seorang detektif yang kehilangan sahabat baik di tangan seorang pembunuh bersiri. Wanita tersebut masih memendam rasa bersalah dan berasa trauma setiap kali teringatkan kematian rakannya itu. Selepas 19 tahun mendiamkan diri, pembunuh bersiri itu kembali dan Youngjin memulakan misinya bagi membanteras penjenayah tersebut

nobody knows

2. YOO BYUL NA! CHEF MOON

Channel A | 6 Mac

Moon Seungmo (Eric) adalah seorang chef popular. Namun selepas kematian tragik kedua ibu bapanya di dalam sebuah kebakaran, lelaki itu berpindah ke sebuah perkampungan bernama Seoha. Hari-harinya yang tenang mula kucar-kacir selepas kehadiran Yoo Yoojin (Go Wonhee).

Manakala, Yoojin merupakan pereka fesyen yang terkenal di dunia dan bekerja di bawah label Yoo Bella. Malang menimpa apabila wanita itu terlibat dalam kemalangan yang meragut memorinya dan tanpa dijangka dia mula menetap di Kampung Seoha. Berubah perangai, dia dikenali sebagai seorang yang luar biasa di perkampungan itu lantas diberi nama timangan ‘Yoobyeolna’.

yoo byul na! chef moon

3. MEMORIST

tvN | 11 MAC

Berkisarkan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, ia membawa kisah Dong Baek (Yoo Seungho) iaitu seorang detektif yang boleh membaca fikiran seseorang. Selepas mengenali dengan seorang profiler hebat iaitu Han Sunmi (Lee Seyoung), mereka mula bergabung tenaga untuk memburu seorang pembunuh bersiri.

memorist

4. HOSPITAL PLAYLIST

tvN | 12 MAC

Kisah lima sekawan belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di dalam sebuah hospital yang sama. Setiap daripada mereka mempunyai personaliti berbeza, Ikjoon (Jo Jungseok) yang pandai tetapi liar, Seokhyeong (Kim Daemyung) yang anti-sosial, Joonwan (Jung Kyungho) dibenci ramai kerana kebengisannya, Jungwon (Yoo Yeonseok) yang sensitif dan Songhwa (Jeon Mido) yang merupakan ’emak’ kepada kumpulan tersebut. Bersama-sama dengan lima doktor hebat ini, penonton akan dibawa melalui kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.

hospital playlist

5. KINGDOM SEASON 2

Netflix | 13 MAC

Bersambung daripada kejadian musim pertama, satu wabak misteri telah menghuru-harakan Joseon. Ketamakan keluarga Cho menyebabkan neraka di dunia apabila ramai penduduk dijangkiti wabak serius yang merubah mereka menjadi zombi. Bagi memulihkan keadaan tersebut, Putera Raja Lee Chang (Ju Jihoon) telah melalui misi berdarah tanpa dapat mempercayai sesiapa pun.

kingdom 2

6. RUGAL

OCN | 16 MAC

Kang Kibeom (Choi Jinhyuk) adalah seorang penyiasat elit dan menjalani misi berbahaya dengan menyiasat pertubuhan jenayah yang dikenali sebagai Argos. Sifat ingin tahu lelaki itu membawa padah apabila isteri dan anaknya telah dibunuh oleh beberapa lelaki bertopeng yang dihantar oleh Argos. Bukan itu sahaja, kumpulan penjahat tersebut telah memukulnya dengan teruk selain mengorek kedua-dua biji matanya. Sedar daripada tidur yang panjang, Kibeom telah dituduh sebagai pembunuh.

National Intelligence Service (NIS) pula telah menawarkan tempat kepada detektif tersebut sebagai salah seorang ahli Rugal iaitu pasukan khas yang ditubuhkan oleh perkhidmatan tersebut. Dengan bantuan bioteknologi, dia diberikan dua biji mata palsu yang memiliki kelebihan istimewa. Kibeom dan kesemua ahli Rugal kemudiannya berpimpinan tangan bagi menumpaskan organisasi jenayah zalim itu.

rugal

7. MEMOIR OF THE MAN

MBC | 18 MAC

Lee Junghoon (Kim Dongwook) bekerja sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen. Walaupun nampak sempurna tapi sebenarnya dia mempunyai penyakit hyperthymesia, satu kondisi di mana dia mampu mengingati semua kejadian dalam hidupnya. Manakala Yeo Hajin (Moon Gayoung) ialah seorang pelakon terkenal yang tidak punyai secebis ingatan langsung mengenai masa silamnya. Disebabkan ini, wanita itu hidup sewenang-wenangnya.

memoir of the man

8. A PIECE OF YOUR MIND

tvN | 23 MAC

Drama ini mengisahkan hubungan romantik di antara Ha Won (Jung Haein) dan Han Seowoo (Chae Soobin). Lelaki baik itu merupakan seorang programmer AI dan merupakan penaung kepada Syarikat M&H. Seowoo pula ialah seorang jurutera rakaman muzik klasik. Meskipun kehidupannya tidak stabil tanpa rumah dan keluarga, dia mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan.

a piece of your mind

9. 365: A YEAR AGAINST DESTINY

MBC | 23 MAC

10 orang individu yang mengimpikan kehidupan sempurna telah diberi peluang untuk kembali semula ke setahun yang lepas. Mereka dibenarkan untuk mengubah takdir kehidupan mereka pada ketika itu tetapi satu perkara misteri telah berlaku dan menggugat nyawa setiap daripada individu tersebut.

Ji Hyungjoo (Lee Joonhyuk) merupakan seorang detektif veteran dan mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang tersebut. Lelaki tersebut turut mendapat peluang untuk kembali ke masa lampau dan dia seronok dengan perubahan hidupnya tetapi dia mula sedar setiap orang yang pulang ke setahun yang lepas tanpa sengaja telah terlibat dalam sebuah kes misteri. Detektif itu cuba merungkai segala rahsia disebalik kejadian itu.

Shin Gahyun (Nam Jihyun) adalah seorang penulis komik dan dia merupakan penulis kepada naskhah popular “Hidden Killer” sepanjang 3 tahun ini. Wanita ini merupakan seorang yang gilakan kerjanya dan sensitif terhadap kesempurnaan. Tanpa diduga, dia telah terlibat dalam satu kemalangan yang mengubah kehidupannya menjadi seperti neraka. Pada masa genting ini, Gahyun telah diberi kesempatan untuk kembali ke setahun lepas, namun dia terpaksa berhadapan dengan satu kes misteri semasa di kehidupan lampaunya.

365: a year against destiny

10. WELCOME

KBS | 25 MAC

Sola (Shin Yeeun) merupakan seorang gadis berusia 20-an dan bekerja di sebuah syarikat reka grafik. Dia mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang pelukis komik selain dia juga merupakan seorang yang suka bersosial. Pada suatu hari, gadis ini telah membawa pulang seekor kucing bernama Hongzo (Kim Myungsoo). Tanpa pengetahuannya, kucing itu sebenarnya bukanlah kucing biasa kerana ia boleh berubah menjadi manusia. Sejak mula tinggal bersama dengan haiwan tersebut, hidupnya mula terlibat dengan pelbagai kejadian yang tidak dijangka.

welcome

11. THE WORLD OF THE MARRIED

JTBC | 27 MAC

Ji Sunwoo (Kim Heeae) ialah seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai suami, Lee Taeo (Park Haejoon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.

Manakala, Lee Taeo bercita-cita ingin menjadi seorang pengarah filem terkenal. Dia mengusahakan sebuah perniagaan hiburan dengan sokongan isteri tercinta. Walaupun sangat menyayangi Sunwoo, lelaki itu terjebak dengan satu hubungan romantik yang bahaya.

the world of married

12. WINGS, FLY UP

Walaupun tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inti pati drama ini tetapi ia membawa penonton menelusuri kisah seorang bekas atlet taewondo yang jatuh terduduk kerana suatu insiden.

wings, fly up

Cepatlah datang bulan Mac! Dah tak sabar nak tonton kesemua drama hebat ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...