Kecantikan Han Yeseul memang tidak dapat dinafikan! Walaupun sudah hampir menginjak ke usia 40-an, pelakon wanita itu tetap kelihatan seperti idola berusia 20-an, tak dimamah usia langsung. Bukan sahaja hebat berlakon tetapi dia juga mempunyai minat yang dalam fesyen dan solekan. Lihat sajalah laman Instagramnya, banyak betul gambar dia mengenakan fesyen yang unik selain solekan tebal yang lain daripada yang lain.
Disebabkan susuk tubuh badannya yang ramping dan tinggi lampai, ramai wanita di luar sana yang menjadikannya sebagai ‘body goals’ di mana mereka menjadikan wanita itu sebagai inspirasi bagi bekerja keras untuk mendapatkan badan sepertinya.
Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Han Yeseul telah mendedahkan berat badannya tanpa segan. Penimbang badan itu menunjukkan tepat pada angka ‘49.1’ membuktikan bahawa dia sememangnya ramping! Tapi mengejutkan apabila pelakon itu mengatakan bahawa dia perlu bekerja dengan lebih keras untuk bersenam. Apaa?!
Walaubagaimanapun, perkongsiannya itu mendapat reaksi negatif daripada peminat dan juga orang ramai. Ini kerana dia sudah dikirakan sangat kurus dengan berat sedemikian dan dipadankan pula dengan ketinggiannya iaitu 168cm. Bagi mereka, sebagai seorang figura terkenal, Han Yeseul akan memberikan pengaruh negatif kerana ‘mempromosikan’ tubuh badan yang tidak sihat dan ideal.
Berat itu dengan ketinggiannya bermakna dia kurang berat badan.
Dia hanya ingin menunjuk…
Seseorang dengan berat badan 49 kg melakukan diet… apa yang saya sedang buat ni…
Salah bagi kita untuk mengatakan bahawa dia tidak perlu menghilangkan apa-apa sedangkan dia mempunyai standard tersendiri tentang apa yang dia rasa normal untuk dirinya.
Dia dah cukup kurus, tiada apa yang perlu dikurangkan.
Adakah dia meminta cacian??
Dia muat naik ini untuk menunjuk.
Mungkin mendengar kritikan ramai orang mengenai hajatnya itu, dia telah memuat naik satu lagi entri baru di mana dia menunjukkan berat badannya yang kini sudah melebihi 50 kg.
Dahlah cantik, pandai uruskan diri pula! Nampak betul Han Yeseul tak ambil ringan mengenai hal tubuh badannya walaupun sudah sedikit berusia. Mungkin boleh jadi inspirasi kepada orang lain!
Sumber: SPOTVNEWS