Sepanjang dua minggu ini, ramai rasanya yang tertanya-tanya dan tak sabar menantikan kemunculan Song Ji-hyo dengan rambut barunya.
Dengan gaya ‘shortcut’, pelakon itu akhirnya membuat kemunculan dalam episod terbaru “Running Man”. Memang kena usik habis!
Bermula dengan Yoo Jae-suk yang mengatakan bahawa gaya rambut Song Ji-hyo itu merupakan isu paling panas kini. Sampuk Jun So-min,
Akhirnya Ji-hyo unni dah mula mahu menambat hati Kim Jong-kook. Gayanya kelihatan seperti Yoon Eun-hye dalam ‘Coffee Prince’
Tambah Kim Jong-kook pula,
Adakah awak ikut stail rambut Demi Moore?
Namun Jun So-min berterusan mengatakan Son Ji-hyo kelihatan seperti watak utama “Coffee Prince”. Tak sempat diusik panjang, wanita itu terus berkata,
Jangan merepek, duduk diam.
Sambung Yoo Jae-suk pula, Song Ji-hyo kini merupakan ahli paling tampan kini dalam “Running Man” selain menjelaskan bahawa wajahnya langsung tak terjejas walaupun dengan gaya rambut bagaimana pun.
Dalam laporan lain di mana ianya tidak ditayangkan dalam episod kali ini, kesemua ahli program itu memuji Song Ji-hyo. Kata mereka, gaya itu sesuai dengan selain wajahnya kekal cantik.
Malah ada yang bertanya sama ada ianya dipotong kerana projek akan datang ataupun ada perubahan pada hati, namun ianya tidak dijawab secara jelas oleh Song Ji-hyo.
Comel Song Ji-hyo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.