Ikuti Kami:

“Macam Tahu Pelan Rumah” – Ceroboh & Curi Peti Simpanan Lepas Meninggal, Suspek Disyaki Kenalan Gu Hara?

“Macam Tahu Pelan Rumah” – Ceroboh & Curi Peti Simpanan Lepas Meninggal, Suspek Disyaki Kenalan Gu Hara?

Kenapalah mendiang Gu Ha-ra tidak boleh pergi dengan tenang, ada sahaja perkara menyesakkan yang berlaku selepas pemergiannya.

Selepas ahli kumpulan KARA itu meninggal dunia, kesemua ahli keluarga dan rakan taulan telah berkabung selama 49 hari yang mana berakhir pada 11 Januari. Pada 13 Januari, abang Gu Ha-ra iaitu Gu Ho-in telah tinggal di kediaman gadis tersebut untuk mengemas apa yang perlu sebelum kembali ke rumahnya sendiri.

Pun begitu, tepat jam 12.15 pagi pada 4 Januari, seorang lelaki tidak dikenal pasti identitinya telah melompat masuk ke dalam rumah mendiang. Menurut laporan, tidak pasti sam ada ianya dilakukan oleh seorang atau pun dua orang, namun rakaman CCTV sepertinya hanya menangkap seorang pelaku.

rumah goo hara dimasuki perompak

Mengejutkan apabila individu terseut telah mencuri peti simpanan peribadi Gu Ha-ra. Menurut seorang rakan yang pernah tinggal bersamanya mendedahkan,

Kami mendapat tahu peti simpanan itu dicuri pada April lepas. Saya bersama abang Ho-in telah pergi bersama untuk melihat kembali rakaman CCTV. Bahkan pencuri itu cuba menutup kanta kamera tersebut dengan daun, sepertinya dia mahu melindungi identitinya.

Menurut gadis itu lagi, mereka telah menukar kata kunci rumah tersebut selepas Gu Ha-ra meninggal dunia.

Hanya saya dan abang Ho-in tahu kata kunci baru. Daripada rakaman CCTV tersebut, saya perasan pelaku tersebut menekan kata kunci lama kerana nombor 2**2.

rumah goo hara dimasuki perompak

Daripada rakaman CCTV yang diriliskan ini, pencuri tersebut dilihat memasuki kediaman tersebut menerusi balkoni tingkat dua dan terus ke balkoni bilik pakaian Gu Ha-ra. Bermakna individu tersebut tahu lokasi spesifik peti simpanan tersebut.

Dia nampaknya tahu pelan rumah ini dengan baik. Tak mungkin seorang yang baru pertama kali memasuki rumah tersebut mengetahui keadaan rumah itu dengan baik. Dia juga sepertinya tahu bahawa kami jarang mengunci pintu balkoni.

Kami jarang mengunci pintu bilik pakaian tersebut kerana kami sering ulang-alik memasukinya. Kami juga biasanya menutup sistem keselamatan dan individu tersebut tahu mengenai tabiat kami ini.

Menurut rakan Gu Hara, peti simpanan itu digunakan untuk menyimpan dokumen penting malah suatu ketik dahulu, ianya digunakan untuk menyimpan telefon bimbit. Disebabkan oleh pencuri itu yang seperti sedia maklum dengan struktur rumah dan sedikit tidak cekap, Gu Ho-in dan rakannya merasakan bahawa ia dilakukan oleh orang yang dikenali mendiang.

Sisatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti identiti sebenar pelaku tersebut dan apa motif disebalik tindakannya itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...