Ikuti Kami:

“Macam Princess” – Peminat Teruja Song Jihyo Berambut Panjang

“Macam Princess” – Peminat Teruja Song Jihyo Berambut Panjang

Sekian lama Song Ji-hyo berambut pendek, nampaknya ada yang merindui imej lama pelakon itu.

Terbaru, ahli “Running Man” tersebut telah berkongsi beberapa keping gambar menerusi Instagram miliknya.

Dalam entri itu, Song Ji-hyo dilihat berada di set penggambaran untuk jenama kecantikan Glutanex di mana dia merupakan dutanya. Tulis wanita itu,

Bersama cinta saya Glutanex.

Tampil berambut palsu yang panjang, ramai meluahkan rasa teruja mereka di ruangan komen,

Definisi umur hanya angka.

 

Song Ji-hyo rindukan rambut panjangnya ke?

 

Awak tak pernah tak cantik.

 

Cantiknya puteri saya.

 

Dia berusia ke belakangnya?

 

Sebab awak, hari saya bermula dengan indah.

Song Ji-hyo macam mana pun cantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...