Ikuti Kami:

“Macam Muzium Seni..” – Gantung Lukisan Harga RM3.4 Juta, Peminat Terkejut Lihat Saiz Rumah Jisoo BLACKPINK

“Macam Muzium Seni..” – Gantung Lukisan Harga RM3.4 Juta, Peminat Terkejut Lihat Saiz Rumah Jisoo BLACKPINK

Ji-soo BLACKPINK telah mendedahkan hiasan dalam rumahnya.

Beberapa hari yang lalu, Ji-soo BLACKPINK telah memuat naik beberapa keping gambarnya di media sosial.

Antara salah satu gambar yang dikongsi ialah gambar yang menunjukkan ahli BLACKPINK itu berdiri di hadapan cermin di ruang tamu rumahnya. Malah, gambar tersebut turut menjadi bualan netizen dan peminat.

Dihiasi dengan pelbagai gambar serta lukisan dengan berlatar belakangkan dinding berwarna putih, rata-rata peminat telah meluahkan rasa kagum mereka terhadap saiz serta hiasan dalaman rumah penyanyi tersebut yang kelihatan sama seperti muzium seni.

Segelintir netizen juga turut meluahkan rasa terkejut mereka selepas mengetahui harga lukisan di ruang tamu Ji-soo benilai lebih 1 bilion won (RM3.45 juta).

jisoo-bp-house

Komen mereka,

  • Saya ingatkan muzium seni.
  • Agak-agak berapa harga rumah dia?
  • Kalau saya jadi dia, memang saya tak akan keluar dari rumah.
  • Mesti mahal kan rumah dia?
  • Lukisan yang dia gantung semua mahal-mahal.
  • Nak menangis saya bila tengok harga lukisan di belakang tu..

Cantiknya rumah Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...