Siapa yang kenal Jennie BLACKPINK, pastinya tahu bahawa dia merupakan antara ikon fesyen yang dikagumi ramai pada dekad ini.
Acap kali dijemput ke acara fesyen berprestij, idola terkenal berkenaan dilihat tampil ‘hangat’ di acara fesyen untuk jenama Chanel di Paris, Perancis.
Bukan biasa-biasa, Jennie membuatkan pengunjung dan peminat di serata internet terkesima melihat penampilan seksinya seperti malaikat yang bersayap dan dengan bra sahaja di dalamnya. Gaya itu turut dipadankan dengan seluar hitam panjang lantas menambahkan sisi chic wanita berkenaan.
Melambai mesra pada pengunjung di sana, Jennie nampak selesa menayangkan bentuk badan menggiurkan termasuk bahagian dada yang hampir terdedah dek bra halus yang dipakainya.
i loooovee this pic.twitter.com/RsG1M7DBhB
— jennie loops (@jnkloops) January 28, 2025
Ulas peminat teruja, mereka sentiasa kagum dengan daya kreativiti Jennie yang sentiasa tampil dengan fesyen tak dijangka tiap kali di mana-mana acara fesyen pun, “Macam model Victoria Secret”.
Cantik kan dia?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.