Ikuti Kami:

“Macam Model” – Han Sohee Tampil Berkarisma Di Paris Fashion Week Untuk ‘Balenciaga’

“Macam Model” – Han Sohee Tampil Berkarisma Di Paris Fashion Week Untuk ‘Balenciaga’

Nampaknya, ramai yang terpegun dengan kecantikan Han So-hee baru-baru ini.

Pada 1 Oktober lepas, pelakon Han So-hee telah berlepas ke Paris bagi menghadiri acara Paris Fashion Week untuk jenama Balenciaga.

Membuat penampilan sebagai duta global Balenciaga, Han So-hee tampil penuh berkarisma dan anggun di pertunjukan fesyen tersebut dengan pakaian serba hitam. Cantik betul!

Memberi sokongan buat selebriti kesayangan mereka itu, ramai peminat meng‘hype’kan penampilannya dengan berkongsi foto dan video, serta hashtag #BALENCIAGAxHANSOHEE #HANSOHEEinParis telah trending di Twitter seluruh dunia semalam.

Sekadar info, Han So-hee diumumkan sebagai duta global untuk jenama Balenciaga pada Mac lepas.

Cantik sangat Han So-hee kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...