Setelah sekian lama, Lee Mi-joo akhirnya tampil menemui peminat sebagai penyanyi solo.
Terbaru pada 17 Mei, Mi-joo telah terlibat dengan satu temu bual khas, menjelang keluaran album solo pertamanya “Movie Star”.
Ketika sesi sidang media, Mi-joo berkongsi bahawa dia telah menyediakan banyak perkara untuk penampilan solonya ini selepas 9 tahun debut dalam industri hiburan,
Saya akan menunjukkan kepada anda semua perkara yang saya mahu lakukan, jadi saya harap awak menikmatinya. Saya lebih gementar berbanding ketika pertama kali debut dalam LOVELYZ.
Khususnya, wanita itu menarik perhatian apabila dia menitiskan air mata, sambil bercerita bahawa dia menunggu masa yang lama untuk debut sebagai artis solo,
Saya masih berfikir ‘Adakah saya benar-benar akan debut?’ Saya masih tidak percaya. Sejujurnya, sebelum naik ke atas pentas, saya rasa sangat terharu. Saya rasa mahu menangis. Rasanya masih seperti mimpi, jadi saya sangat bersyukur.
Dengarkan lagu solo Mi-joo “Movie Star” di atas!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉