Ikuti Kami:

“Macam Lee Kwangsoo?” – Foto Rowoon Lagi Tinggi Dari Peti Sejuk Dalam ‘She Would Never Know’ Tular

“Macam Lee Kwangsoo?” – Foto Rowoon Lagi Tinggi Dari Peti Sejuk Dalam ‘She Would Never Know’ Tular

Selepas mencipta nama dalam beberapa drama sebagai watak sampingan, Rowoon daripada kumpulan idola SF9 mula menyahut cabaran sebagai watak utama dalam drama “Extraordinary You” dan kini “She Would Never Know”.

Ramai yang menonton kerana plot romantik antara senior dan junior di sebuah syarikat pemasaran produk kecantikan, namun lain pula yang menjadi perhatian penonton dalam episod baru-baru ini.

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu tetapi Rowoon sebenarnya berdiri pada ketinggian 190cm. Apa?!

Jadinya babak dia bersandar di peti ais dalam drama “She Would Never Know” telah tular di serata media sosial. Bayangkan dia lagi tinggi daripada peti ais dua pintu. Dahsyat!

rowoon tinggiBahkan hal ini sebenarnya dah jadi bualan ramai sejak drama lakonannya sebelum ini lagi. Antaranya dalam “Where Stars Land” dan “About Time”

rowoon tinggi rowoon tinggi

Antara komen penonton:

Peti sejuk itu nampak kecil..

 

Ingatkan tinggi dia lebih 190cm.

 

Ada tinggi macam Lee Kwang-soo tak?

 

Fizikal badan pun cantik, wajahnya pun cantik.

 

Dengan tinggi sebegitu, tak boleh percaya yang dia boleh nampak comel.

Seronok betul layan drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...