Jung Ryeo-won dan Wi Ha-joon telah menjadi tetamu dalam rancangan “Jo Hyun-ah’s Thursday Night”.
Kedua-dua pelakon utama “The Midnight Romance In Hagwon” ini telah berkongsi beberapa kisah disebalik tabir semasa penggambaran drama itu dijalankan.
Malah, ketika ditanya mengenai perasaan mereka ketika melakukan penggambaran drama itu, Wi Ha-joon telah mendedahkan bahawa Jung Ryeo-won sering membuatkan hatinya berdebar debar.
Katanya,
Sejujurnya, saya berdebar sangat bila digandingkan dengan Jung Ryeo-won. Setiap hari, bila saya jumpa dia di set penggambaran, hati saya jadi berdebar-debar dan berdegup dengan laju.
Tambahnya,
Saya juga sering terpukau dengan kecantikan dia.
Sementara itu, drama “The Midnight Romance In Hagwon” akan mula ditayangkan bermula 11 Mei ini.
Tapi Jung Ryeo-won memang cantik pun, tak terkejutlah kalau Wi Ha-joon sampai berdebar-debar tengok kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.