Ma Dong-seok dan Park Hyung-shik bergabung meletup!
Terbaru, “Twelve” yang diinspirasikan oleh 12 haiwan zodiak Timur mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon itu akan membintangi drama tersebut.
Ia menceritakan kisah 12 malaikat yang hidup di dunia manusia dalam bentuk manusia untuk melindungi Semenanjung Korea daripada roh jahat. Dahulu, para malaikat hampir berjaya menghalang kuasa jahat di pintu neraka melalui pengorbanan mereka, membawa keamanan. Namun, dengan kebangkitan roh jahat, kekacauan kembali berlaku.
Ma Dong-seok akan memegang watak Tae San, ketua 12 malaikat zodiak yang melambangkan harimau. Park Hyung-sik pula akan memegang watak Ogui, yang melambangkan gagak, kuasa jahat yang telah bangkit semula dari meterainya. Cerita ini memberi tumpuan kepada kemunculan semula Ogui selepas beribu-ribu tahun untuk mencetuskan kekacauan di dunia, dan pertarungan epik yang menyusul.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Seo In-guk sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak malaikat yang melambangkan monyet, manakala Ji Chang-wook juga sedang mempertimbangkan watak sebagai salah seorang daripada 12 malaikat.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.