Ikuti Kami:

Luang Masa Beriadah, Anak Kembar Lee Youngae Curi Perhatian Netizen

Luang Masa Beriadah, Anak Kembar Lee Youngae Curi Perhatian Netizen

Memang perkara biasalah apabila selebriti Korea sorok muka ahli keluarga mereka daripada perhatian ramai. Bukan apa, sengaja mahu mereka hidup dengan tenang tanpa diganggu oleh peminat fanatik mungkin.

Sama juga dengan pelakon popular Lee Young-ae yang jarang memuat naik gambar bersama anak kembarnya. Bagi yang tidak tahu, selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada 2009, pasangan tersebut dikurniakan sepasang anak iaitu seorang lelaki dan perempuan dua tahun berikutnya.

Terbaru, Lee Young-ae telah berkongsi gambar dia bergembira bersama kedua anaknya itu. Mereka dilihat menikmati aktiviti riadah iaitu berbasikal bersama-sama. Kedua pelakon wanita itu dan anak lelakinya dilihat tersenyum girang sambil menikmati masa yang menggembirakan itu.

 

View this post on Instagram

 

행복하세요~건강하세요❤

A post shared by 이영애 (@leeyoungae0824) on

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat pasangan kembar itu yang sudah pun hampir menjangkau usia 10 tahun. Bahkan ada juga yang tak putus-putus memuji wanita itu yang kekal menawan meskipun hanya bermain-main bersama anaknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...