Ikuti Kami:

‘Love With Flaws’ Tamat Dengan Rating Rendah, Penonton Salahkan Lakonan ‘Kayu’ Ahn Jaehyun & Oh Yeonseo?

‘Love With Flaws’ Tamat Dengan Rating Rendah, Penonton Salahkan Lakonan ‘Kayu’ Ahn Jaehyun & Oh Yeonseo?

Selepas 8 minggu tayangan, akhirnya tamat juga drama “Love With Flaws” lakonan Ahn Jaehyun dan Oh Yeonseo. Drama ini mendapat perhatian ramai kerana ia adalah kemunculan pertama pelakon lelaki itu di kaca televisyen selepas kemelut rumah tangganya bersama Gu Hyesun menjadi bualan semua orang.

Kalau anda nak tahu, drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Lee Kangwoo (Ahn Jaehyun) yang sangat narsistik dan obsesinya terhadap wajah bermula selepas cintanya ditolak kerana kehodohannya. Joo Seoyeon (Oh Yeonseo) pula merupakan seorang guru pendidikan jasmani yang bencikan lelaki kacak. Ini disebabkan oleh tiga orang adik-beradik lelakinya yang terlalu tampan sehinggakan sering membawa masalah kepadanya. Dia hanya mahukan seorang lelaki yang normal sebagai pasangan hidupnya. Bersama-sama, mereka cuba melawan persepsi buruk masing-masing bagi mencari cinta sejati.

love with flaws

Meskipun berjaya mencatatkan rating yang tinggi pada awal tayangannya tetapi jumlah penonton kian menurun pada saban episod sehinggalah ke penghujungnya. Mungkin juga kerana kebanyakan penonton yang mengkritik lakonan kedua-dua teraju utama yang kelihatan kekok dan tak sepadan langsung. Menyedihkan kerana “Love With Flaws” hanya mampu meraih rating 2.9% sahaja semasa episod akhirnya.

“Tolonglah jangan berlakon lagi Ahn Jaehyun. Wajah, lakonan, kehidupan peribadi.. tiada satu pun yang elok.”

“Saya tak suka keduanya. Tolonglah berhenti berlakon.”

“Lakonan Anh jaehyun adalah sangat teruk sehinggakan siaran ulangan pun saya tak tonton. Sangatlah bosan.”

“Kedua-dua Ahn Jaehyun dan Oh Yeonseo bukan level pelakon utama. Saya terkejut apabila mereka asyik jadi teraju utama.”

“Tajuk drama pun dah…”

“Saya ingatkan dah lama habis drama ini.”

“Tolonglah berhenti buat drama mengenai cinta sahaja.”

love with flaws

Nampaknya banyak juga kritikan yang diterima oleh kedua-dua Ahn Jaehyun dan Oh Yeonseo. Ramai yang tidak berkenan dengan gandingan mereka selain mengatakan bahawa lakonan mereka tidak bagus langsung walhal sudah berlakon banyak drama.

Sumber: OSEN, Hankook Kyungje

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...