Ikuti Kami:

‘Lost’ Tamat Dengan Rating Rendah, Di Mana Silapnya?

‘Lost’ Tamat Dengan Rating Rendah, Di Mana Silapnya?

Selepas 16 episod ditayangkan, akhirnya “Lost” menutup tirai dengan senyap beberapa hari lalu.

Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai ‘penulis hantu’ dan merasa hilang dalam arus kehidupan. Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun pula menyimpan rasa takut dia tidak akan dapat mencapai apa-apa dalam hidupnya.

Bermula baik dengan catatan 4.1% namun rating drama itu menunjukkan penurunan ketara sehingga duduk selesa dalam lingkungan 1% selama beberapa episod sebelum meningkat ke 2.4% pada akhirnya.

jtbc lost

Meskipun memaparkan plot yang gelap mengenai manusia yang kehilangan arah hidup, lakonan Jeon Do-yeon dan Ryu Jun-yeol seharusnya menerima tepukan gemuruh kerana kebanyakan penonton merasai bebanan mereka seperti itu adalah masalah mereka sendiri.

Apa pula pandangan anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...