Ikuti Kami:

Lisa Blackpink Kekal No. 1 Dalam 100 Wajah Tercantik Di Asia, Shila Amzah Turut Tersenarai!

Lisa Blackpink Kekal No. 1 Dalam 100 Wajah Tercantik Di Asia, Shila Amzah Turut Tersenarai!

Kalau anda nak tahu, sebenarnya saban tahun akan ada senarai 100 lelaki dan wanita yang cantik dikeluarkan oleh TC Candler. Walaupun nampak macam baru, tapi sebenarnya senarai ini telah mula menjadi fenomena sejak 30 tahun lamanya!

Pengkritik profesional yang bernaung di bawah The Independent Critics ini bukan hanya melihat kepada populariti atau keseksian seseorang selebriti itu. Mereka turut mengambil kira kesempurnaan estetika setiap seorang daripada selebriti yang dipertandingkan. Mesti tertanya-tanya apakah nilai estetika yang dihakimi oleh para pengkritik ini kan? Mereka melihat kelembutan, elegan, keaslian, keberanian, keghairahan, kelas, kegembiraan, harapan dan banyak lagi. Fuh! Mendalam betul kajian mereka.

tcc asia pilih lisa blackpink sebagai wajah paling cantik di asia

Bukan sahaja senarai wajah menawan di peringkat dunia dikeluarkan, malahan TC Candler turut mengeluarkan senarai TCCAsia’s Most Beautiful Faces in Asia pada setiap tahun. Penghargaan ini diberikan kepada wajah cantik yang menepati semua kriteria yang dicari dalam kalangan orang Asia.

Seperti biasa, senarai bagi 100 wajah cantik dan kacak Asia turut dikeluarkan pada tahun ini. Membanggakan apabila tempat pertama untuk tahun ini jatuh kepada Lisa daripada kumpulan Blackpink! Gadis berusia 23 tahun ini berjaya mengekalkan kemenangannya untuk dua tahun berturut-turut. Bagi peminat ahli kumpulan itu yang lain tak perlu risau kerana kesemua gadis cantik itu turut tersenarai sebagai antara wajah cantik Asia juga. Jennie duduk selesa di tempat ke-3, Rosé pula di tempat ke-13 dan Jisoo turut menjengah di tangga ke-22.

tcc asia pilih lisa blackpink sebagai wajah paling cantik di asia

Kalau anda nak tahu, Shila Amzah turut berada di dalam senarai ini. Penyanyi berbakat ini telah berjaya menempatkan diri di tangga ke-100! Bukan calang-calang tahu!

shila amzah tempat ke 100

Senarai untuk 100 wajah kacak di Asia juga telah dikeluarkan sama dengan senarai wajah cantik. Tempat pertama bagi lelaki telah jatuh pada pelakon berasal daripada China iaitu Xiao Chan dan diikuti rapat oleh ahli kumpulan K-Pop terkenal iaitu Sehun daripada EXO.

sehun exo di tempat kedua bagi tcc asia

Tahniah kepada yang berjaya menempatkan nama dalam senarai wajah  tercantik di Asia. Harap akan kekal lagi untuk senarai tahun hadapan!

Sumber: The Star Online

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...