Sejak kebelakangan ini, Lisa BLACKPINK telah menemui penonton menerusi pelbagai projek solonya.
Menerusi siaran langsung TikTok, Nawat Itsaragrisil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Miss Universe Organization mendedahkan bahawa Lisa telah dijemput untuk membuat persembahan di pentas akhir ‘Miss Universe 2025’ di Thailand.
Namun selepas berunding, Lisa telah memilih untuk menolak tawaran itu kerana konflik penjadualan.
Walaupun penganjur dah teruja ingin melihat wanita itu tampil di acara tersebut, pihak Lisa menjelaskan bahawa jadualnya sudah penuh sepanjang tahun ini kerana ingin memberi tumpuan kepada beberapa projek akan datang.
Wah, sibuk betul Lisa!