Memang terbukti keputusan Lisa untuk bergerak solo adalah bernas!
Terbaru, ahli BLACKPINK itu telah melakukan persembahan lagu solo yang diriliskan pada tahun ini iaitu “Rockstar” dan “New Woman” di MTV ‘Video Music Awards’.
Bukan sahaja menghangatkan suasana dengan persembahan memukau, Lisa turut berjaya merebut trofi untuk anugerah ‘Artis K-Pop Terbaik’ di acara itu.
Lantas menjadikan itu kemenangan yang kedua selepas anak kelahiran Thailand tersebut pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2022.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.