Ikuti Kami:

Lisa BLACKPINK Kongsi Warna, Tarian & Makanan Kegemarannya di COMPLEX

Lisa BLACKPINK Kongsi Warna, Tarian & Makanan Kegemarannya di COMPLEX

Pada 11 Oktober, Lisa BLACKPINK duduk bersama COMPLEX untuk mengadakan temu bual versi “GOAT Talk”, di mana Lisa bercakap mengenai perkara-perkara yang merupakan “Greatest Of All Time” buat idola tersebut.

Dalam masa lima minit, Lisa berkongsi pelbagai perkara kegemarannya, seperti makanan kegemaran, lirik, dan banyak lagi.

Dia memulakan dengan berkongsi bahawa emoji “GOAT” nya adalah emoji “Rock On” dan mengatakan bahawa keperluan penting “GOAT” adalah telefonnya. Lisa menjelaskan,

Ke mana sahaja saya pergi sekiranya saya tidak dapat bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa tersebut, saya akan merasa selamat apabila saya mempunyai telefon dengan saya.

lisa blackpink

Lisa juga berkongsi bahawa warna kegemarannya adalah warna kuning cair dan mengatakan bahawa dia suka apa-apa yang berwarna kuning. Lisa mengatakan bunga kegemarannya adalah bunga matahari kerana ianya berwarna kuning.

“DDU-DU DDU-DU” juga merupakan tarian BLACKPINK yang paling disukai Lisa kerana baginya ianya mudah diikuti.

Tonton video penuh di di atas atau di YouTube “Complex”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...