Ikuti Kami:

“Lihat BLACKPINK & Melan**p” – Diselar Peminat K-Pop Dek Lirik Seksual, Namewee Beri Respon Sarkastik

“Lihat BLACKPINK & Melan**p” – Diselar Peminat K-Pop Dek Lirik Seksual, Namewee Beri Respon Sarkastik

Namewee bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Merupakan penyanyi rap berbangsa Cina, lelaki ini sudah beberapa kali menimbulkan kontroversi atas dakwaan seperti penerbitan filem bersifat perkauman, penulisan lirik yang mengkritik kerajaan dan sebagainya.

Terbaru, Namewee menjadi sebutan ramai peminat K-Pop selepas dia diselar kerana lirik dalam lagu “You Know Who Is My Father?” sepertinya tidak sensitif terhadap kumpulan BLACKPINK.

Lirik yang bermasalah itu ialah,

Selalu lihat BLACKPINK dan melan**p.

namewee dan blackpink

Walaupun ayat itu dikaburkan di dalam muzik video berkenaan, namun ianya kekal disebut dalam bahasa Mandarin dalam audio asal.

Disebabkan oleh lirik yang tidak sensitif dan dianggap merendahkan BLACKPINK itu, kebanyakan peminat meluahkan rasa geram mereka dan meminta Namewee memohon maaf kepada idola tersebut.

Walaubagaimanapun, penyanyi rap itu bukannya mengakui kesalahannya malah memberi respon sarkastik terhadap kritikan berkenaan.

Hello peminat BLACKPINK. Terima kasih kerana menambah jumlah tontonan, sila teruskan! How you like that that that that..

namewee dan blackpink

Dia trurut memuat naik status di Facebook,

Sudah sekian lama saya tidak diserang oleh sejumlah orang yang ramai kerana lagu yang ditulis. Lawan saya kali ini ialah peminat BLACKPINK. Saya mahu ucapkan, terima kasih untuk jumlah tontonan..

Tambahnya lagi,

Apa yang saya boleh katakan, kesemua peminat antarabangsa ini mempunyai kerjasama yang bagus dan kemampuan untuk mengumpulkan ramai orang. Sedih apabila mereka tak tahu apa sebenarnya lagu ini cuba sampaikan, walaupun mereka boleh berseronok melayan K-Pop meskipun tidak memahami bahasa Korea.. seperti saya juga tidak memahami bahasa Jepun namun gembira apabila menonton filem lucah mereka.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada YG Entertainment.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...