Ikuti Kami:

Lepas ‘The World Of The Married’, ‘Elegant Friends’ Tetap Had Umur 19+ Untuk Tonjol Hubungan Pasangan Realistik

Lepas ‘The World Of The Married’, ‘Elegant Friends’ Tetap Had Umur 19+ Untuk Tonjol Hubungan Pasangan Realistik

Bermula 10 Julai nanti, JTBC bakal menayangkan sebuah drama yang membuatkan anda tak senang duduk kerana ia melibatkan 5 pasangan berkahwin dan satu kes pembunuhan yang berkaitan dengan hubungan persahabatan mereka.

“Elegant Friends” adalah sebuah naskhah yang merungkai kisah misteri yang berbelit mengenai satu pembunuhan yang berlaku di satu bandar. Ia menelusuri kisah sekumpulan rakan lelaki pertengahan usia yang menduduki sebuah bandar baharu dengan pasangan masing-masing. Awalnya bahagia tapi semuanya berubah dalam sekelip mata apabila pembunuhan yang berlaku membongkar pelbagai rahsia lain.

jtbc elegant friends

Anda mesti ingat bahawa “The World Of The Married” telah menukar had umur penonton kepada 19 tahun ke atas bagi menayangkan babak yang lebih realistik mengenai pasangan yang berkahwin. Sama dengan “Elegant Friends”, drama ini juga bakal meletakkan had umur 19 tahun ke atas bagi kesemua 17 episod.

Menggunakan alasan yang lebih kurang sama dengan “The World Of The Married”, keputusan ini dibuat bagi menunjukkan kehidupan dan masalah individu serta pasangan daripada aspek yang lebih realistik.

Kebanyakan penonton semakin teruja apabila drama terbaru ini dikatakan persis dengan “SKY Castle” dan “The World Of The Married”. Bahkan barisan pelakon hebat juga membuatkan ramai yang meletakkan jangkaan yang tinggi buat “Elegant Friends”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...