Utama Drama Korea Lepas ‘The King: Eternal Monarch’, Jung Eunchae Sah Terajui Drama Hollywood ‘Pachinko’...

Lepas ‘The King: Eternal Monarch’, Jung Eunchae Sah Terajui Drama Hollywood ‘Pachinko’ Dengan Lee Minho

pachinko

Selepas Lee Min-ho disahkan akan membawa watak Han-su dalam drama tiga bahasa “Pachinko”, khabarnya Jung Eun-chae turut bakal menyertai lelaki itu.

“Pachinko” ialah drama bersiri yang diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama daripada Lee Min-jin. Ia adalah kisah harapan dan impian 4 generasi keluarga imigran Korea. Kisah tersebut bermula dengan cinta terlarang dan bergerak sebagai kisah pengembaraan di antara Korea, Jepun dan Amerika dan membawa cerita perang dan damai, cinta dan kehilangan, kemenangan dan perhitungan.

Malah agensi naungan wanita itu iaitu KeyEast turut mengesahkan berita tersebut,

Jung Eun-chae akan muncul sebagai Kyunghee dalam ‘Pachinko’ yang diterbitkan oleh Apple TV+.

jung eunchae dan lee minho

Rata-rata peminat teruja dengan berita ini memandangkan kedua pelakon ini pernah bertemu dalam drama popular “The King: Eternal Monarch” baru-baru ini.

Sama-sama kita saksikan keserasian mereka dalam “Pachinko” nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHankook Ilbo
Loading...