Ikuti Kami:

Lepas ‘Stealer: Seven Joseon Coins’, Kini Joo Won Dilamar Sertai Drama Baru ‘Nightly Photo Studio’

Lepas ‘Stealer: Seven Joseon Coins’, Kini Joo Won Dilamar Sertai Drama Baru ‘Nightly Photo Studio’

Nampaknya, Joo Won menerima tawaran untuk membintangi satu lagi projek baru!

Terkini, agensi pelakon Joo Won memberitahu kepada media bahawa Joo Won telah menerima dan sedang menyemak tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama baru iaitu “Nightly Photo Studio”.

Untuk maklumat, drama ini mengisahkan tentang seorang jurugambar yang mengambil gambar orang mati dan mengetahui kepentingan kehidupan ketika dia bertemu dengan seorang wanita yang melindunginya daripada kematian .

joowon

Sementara itu, Joo Won bakal muncul dalam drama “Stealer: Seven Joseon Coins” yang akan ditayangkan pada 12 April ini.

Kalau korang nak tahu, drama “Stealer: Seven Joseon Coins” ialah drama aksi komedi di mana pencuri aset budaya misteri Skunk dan pasukan pemulihan aset budaya tidak rasmi Karma, bekerjasama untuk melawan mereka yang tidak boleh dihakimi oleh undang-undang.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...