Ikuti Kami:

Lepas ‘Start-Up’, Kang Hanna & Kim Dowan Bakal Sulam Kisah Cinta Dalam Drama ‘Frightening Cohabitation’

Lepas ‘Start-Up’, Kang Hanna & Kim Dowan Bakal Sulam Kisah Cinta Dalam Drama ‘Frightening Cohabitation’

Selepas Hye-ri dan Jang Ki-young disahkan bakal menerajui drama “Frightening Cohabitation”, kini terdapat tiga lagi watak lain yang turut bakal menyertai naskhah tersebut.

“Frightening Cohabitation” (diadaptasi daripada webtoon), membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam (Hye-ri) yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo (Jang Ki-young) yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-Yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

Kang Han-na akan melakonkan watak Yang Hye-sun iaitu seorang gumiho wanita yang naif meskipun mempunyai wajah yang rupawan. (Dalam legenda lama, gumiho biasanya ialah wanita cantik yang menggunakan kelbihan tersebut untuk menggoda lelaki dan membunuh mereka). Dia ialah merupakan sahabat kepada Shin Woo-yeo dan merupakan bekas gumiho yang berjaya mencapai hasrat untuk menjadi manusia. Nampak sahaja sempurna di luar, dia adalah sangat kalut dan polos.

frightening cohabitation

Dari kiri: Kang Han-na, Kim Do-wan, Bae In-hyuk

Kim Do-wan pula bakal membawa watak Do Jae-jin, seorang yang tulus apabila bercinta. Apabila bercinta, dia sanggup untuk melepaskan segala-galanya termasuklah nyawa dan organnya. Dia merupakan rakan baik kepada Lee Dam dan mempunyai rupa yang tampan, fizikal yang tegap dan personaliti yang baik. Pun begitu, dia sering gagal mencari cinta sejati. Tanpa disangka, dia kemudiannya jatuh cinta selepas melihat Yang Hye-sun, si bekas gumiho.

Bae In-hyuk telah pun ditawarkan untuk membawa watak Gye Sun-woo iaitu senior di kolej Lee Dam yang menyimpan perasaan terhadap wanita itu. Dia sangat popular dalam kalangan wanita di kolej dek latar belakang yang bagus selain memiliki kepandaian dan rupa yang menarik. Tapi apabila Lee Dam menolak cintanya, buat pertam akalinya dia merasakan perasaan ditolak.

Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja kerana Kim Do-wan dan Kang Han-na yang bakal mempunyai hubungan cinta di dalam drama ini. Ini kerana mereka baru sahaja muncul dalam drama “Start-Up” bersama dan memunyai hubungan yang dingin sehinggalah ketika penghujungnya di mana watak Kim Do-wan memohon maaf kepada watak Kang Han-na atas ketelanjuran kata-katanya suatu ketika dahulu.

kang hanna dan kim dowan

Babak Kang Han-na dan Kim Do-wan dalam ‘Start-Up’

Seronoknya nak tengok keserasian mereka sebagai pasangan dalam “Frightening Cohabitation” pula kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...